you are lucky number~~

free counter

Sunday, 17 April 2011

Masak Lemak Cili Api Ayam..

every weekend kat umah sewa kan nenek rajin la jgk masak
mcm2 dah nenek buat tapi xsempat nk update
maklumla hidup bz sgt...ich3
masak lomak niehh dah lama buatt cma baru arini sempat nk tlis kat blog...
resepi nie untuk 10 org makan...ramaikan 0-o


BAHAN-BAHAN

1 1/2 ekor ayam
(potong ikot suka hati)
25 biji cili api
 (kurangkan kalo x nak pedas sgt)
3 biji cili merah
4 batang serai (di titik)
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 sehelai daun kunyit (dihiris)
2 keping asam gelugor
2 paket santan (kalo nk cair krgkan sket)



CARA-CARA

1. Cili api, cili merah, bawang putih,dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan ayam, serai dan bersama bahan-bahan yg ditumbuk tadi ke dalam periuk goreng tanpa minyak sehingga ayam kecut dan keluar air.
(seperti gambar dibawah)


kecutkan lagi..

3.selepas ayam dah kecut masukkan santan dan sedikit air, kemudian masukkan asam keping
dan biarkan sehingga mendidih.
4. sesuaikan rasa dengan tambah garam dan serbuk cukup rasa..kacau dan biarkan sampai mendidih lagi..kemudian tutup api.
5. For final touch up taburkan daun kunyit yg dihiris tadi..DONE!!



moh le makan...=)

 ishh tengkok ayam nieh buat spoil la...
buruk dh gambar nieh...
actually nenek tak sempat nk setting elok2 masak lemak nieh sbb suma org dh kalut nk mkn...
lpas makan semua menangis berjemaah sebab pedas..hahahah
padan muka...=)



2 comments:

Anonymous said...

Thank you share resipi! dah try mmg sedap

NENEK SIHIR n WANIE said...

tahnxx ya sudi try....=))