you are lucky number~~

free counter

Sunday, 28 August 2011

Kuih Ketayap

Kuih apa yang paling alim???
~kuih ketayap~
hahahaha bonggok punya teka-teki
nak update resepi kuih ketayap
simple je resepi dia...


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
 (blend 3 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 biji telur telur
2-3 titik pewarna hijau
1/2 kelapa parut
bahan inti
150g gula merah
1/2 kelapa parut
1/2 cawan air

minyak masak

Cara-cara
1. Untuk inti masukkan semua bahan-bahan inti dalam periuk, masak gunakan api sederhana sehingga dia jadi melekit-lekit. Angkat dan ketepikan
2. untuk kulit kuih ketayap pula, masukan semua bahan kedalam mangkuk kacau dan tapiskan.
3. panaskan pan yang telah di leserkan dengan sedikit minyak..
4. tuang sesenduk adunan kulit dan lengang-lengangkan kuali agar dia jadi bentuk bulat
5. masak beberapa minit (2-3minit) kemudian angkat
6. masukkan inti di hujung kemudian lipat kiri dan kanan kemudian gulungkan sehingga hujung..
7. Ulang semua step di atas sehingga habis adunan...

1 comment:

-Incek Fik- said...

Teguk air liur tengok ketayap ni huhuu...