you are lucky number~~

free counter

Saturday, 8 October 2011

Kek Mentega Pelangi


ohh kaler kek terlalu garang la...niat dalam hati nk bg sweet ja...
esok nenek dah kena balik ipoh
balik kolej = assaigment + quiz +tension + stress
normal la tue jadi student kan igt senang ka nak berjaya..=P
Bak kata J.G Holland 

"God gives every bird its food, but He does not throw it into its nest"

so kita selaku umat islam dan juga hamba Allah yang kerdil nie kena la ikut step yang betul kalo nk berjaya
first kena BERUSAHA
second kena BERDOA'
third lepas berusaha dab berdoa baru kita BERTAWAKAL!!!
kalau kita dah berusaha tapi still tak dapat jugak mesti ada hikmah di sebalik kejadian...
oke cukup la sesi motivasi harini..ahahahhahaha
jum tgok resepi..

Bahan-bahan

250 g Mentega
220 g gula halus
210 g tepung gandum
5 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
pewarna makanan (violet, blue dan apple green)

Cara-cara

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 3 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaup balikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit. 

**resepi nie di ambil dari fotopages mamafami terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi**





No comments: