you are lucky number~~

free counter

Tuesday, 29 November 2011

Nasi Ayam Kabsa


Harinie makan tengah hari mood arab la pulak...haritu tiba2 ja rasa nk makan nasi arab kabsa
lepas tuh terus search google..jumpa mcm2 resepi tapi nenek pilih resepi dari blog Resepi Raidah
sedapp resepi tu..tak rugi kalau nk mencuba..
tapi nenek ada edit sikit la resepi tuh ikut keadaan dan situasi..
contohnya rempah kabsa tuh memang cari tak dak pown dekat alor star nie..
so nenek replace dengan rempah campur kalo nak pakai rempah briani pown bole jugak..
Lagi satu saffron kan, tak jumpa jugak so replace dengan pewarna kuning ja.
Kalau Pak Arab depa makan dengan sos yang macam air asam tu..tapi xpedas pown sebab bahan2 dia xdak cili..selalu kalo makan kat kedai nasi arab mesti frust sebab sos dia tak pedas...So arinie  nenek buat air asam untuk makan ng nasi ayam kabsa nie..baru puas hati..Kira mcm resepi arab campur melayu la nie..dah memang orang melayu yang masak kan..=))

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (potong 4)
3 cawan beras basmati ( cuci dan rendam 30 minit n toskan)
4 1/2 cawan @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi *nenek pakai butter
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih ( cincang halus)
1 batang karot (hiris panjang2)
2 biji buah tomato (dikisar)
2 sudu tomato puri *nenek x letak
1/2 sudu kecil pewarna kuning 
1 sudu besar rempah campur/rempah briani
1 biji lemon hitam/kering  *tak letak
1 biji lada bengala merah *tak letak
1 sudu kecil lada hitam serbuk
2 biji cili merah (belah 4 habagian jgn putus)
1/4 cawan kismis *tak letak
Garam secukup rasa 


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga,bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan tomato, pewarna kuning dan juga rempah campur, masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukan ayam dan juga separuh daru jumlah air yang dinyatakan di atas, masak sehingga ayam betul2 masak.
4. Masukan garam secukup rasa..**pendapat nenek biar la masin sikit sebab nanti nak masukan beras baru la rasa sekata**
5. Lepas ayam betul2 masak angkat ayam kedalam bekas lain. kemudian baru masukan beras yang direndam tadi bersama dengan carrot, cili merah dan juga air panas secukupnya.
6. Gembur nasi bila betul2 masak atau lepas 30 minit supaya nasi tidak hancur..
**nasi nenek hancur sebab dok kacau dia..tak nampak beras panjang2 tu..=((***
7. Bila nasi dah masak masukkan kembali ayam yang kita bawak keluar tadi tuh...biar 10 minit baru tutup api..
8. Bole makan dengan air asamm...=))


Bahan dan juga cara-cara nak buat air asam nie :

1 biji tomato *hiris halus
1 biji bawang besar *hiris halus
3 biji cili merah
6 biji cili hijau
1/2 cawan air asam jawa
1 inci belacan
1/2 biji asam limau
garam secukup rasa

Blender cili merah, cili hijau, belacan dengan air asam jawa (tak lumat pown xpa) lepas tu masukan dalam mangkuk, lepas tuh masukan tomato ng bawang besar..gaul sehingga sekata lebih afdal pakai tangan..ahahaha
bole hidangkan...=))


Yang nie version design tak cantik..=)) memang fail la bab2 nk mendecorasi makanan nie...


2 comments:

bella said...

inspirasi daripada Mr.Bean dan yana~ hahahax

Nenek Wanie said...

Mr.Bean sgt2 lahh membantu...ahahhahaha