you are lucky number~~

free counter

Sunday, 25 December 2011

Kari Ayam Tanpa Santan



Assalamualaikum
hari nie nak update resepi yg dah lama tertinggal dalam draft...lupa plak nk post haritu
dah lama dah buat kari ayam tanpa santan nie..
sedap kalo makan dengan roti jala..tapi nenek buat makan tengah hari je..
Kenapa nenek tak letak santan ?? Jawapan dia mudah ja sebab tak dak santan la..**oke sarcastic**
actually semua bahan dah siapp dah tup tup bukak2 ja santan tu
mcm dah busuk dan masam ja..cisss sebab tu la buat version tanpa santan..=))
Jom tengok resepi..

Bahan-bahan

5-6 ketul ayam
3 ulas bawang merah 
3 ulaas bawang putih
1/2 inci halia (hiris halus)
1 tsp rempah 4 sekawan
4 susu besar rempah kari ayam/daging
2 biji kentang (potong dadu besar)
air secukupnya
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Mula-mula tumbuk bawang putih dan juga bawang merah sehingga hancur. Kemudian bahagi kepada dua bahagian..*ketepikan sat*
2. Bancuh rempah dengan air panas dan kacau hingga sekata kemudian masukkan 1 bhagian bawang2 yang dah ditumbuk ke dalam bancuhan rempah.*ketepikan*
3. Panaskan periuk kemudian masukkan minyak masak, tumiskan lagi 1 bahagian bawang yg di tumbuk tu, halia, dan juga rempah 4 sekawan sehingga garing dan wangi.
4. Lepas dah naik bau boleh la masukkan bancuhan rempah tu hingga naik minyak.
5. Masukkan air dan garam secukupnya. biarkan sehingga mendidih.
6. Last skaly baru masukkan kentang dan juga ayam, masak hingga ayam dan kentang empuk.
7. Bila dah cukup rasa, cukup empuk bole tutup api dan hidangkan..=)

No comments: