you are lucky number~~

free counter

Wednesday, 21 December 2011

Lemak Pucuk Ubi


Harinie masak masakan kampung untuk lunch...
dah lama kot tak makan pucuk ubi..makan plakk dengan nasi panas ,ikan goreng , sambak belacan..PERGHHH
mmg sedap la kan...Jom check out the recepies...=))

Bahan-bahan

Pucuk ubi (lebih kurang secekak)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
santan (bahagi kepada 2 - 1 litre cair dan 300 ml pekat)
segenggam ikan bilis (rendam dlm air)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inchi kunyit hidup*
2 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1 inchi belacan*
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Mula-mula kita asingkan daun pucuk ubi dari tangkai dia kemudia cuci dan toskan..kemudian rebus dalam periuk menggunakan air yang secukupnya hingga 3/4 lembut.
2. Sementara tunggu pucuk ubi lembut sila kisarkan bahan2 yang bertanda starr diatas sehingga lumat.
3. Bila pucuk ubi dah 3/4 lembut tutup api dan toskan dan cuci dengan air lepastu perah dan hiris kasar-kasar..
4. Masukkan pucuk ubi bersama dengan bahan kisar, santan cair, serai dan juga asam gelugor biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan santan pekat bila pucuk ubi dah lembut then bole tambah garam dan gula secukup rasa..masak dengan api sederhana dan biarkan sampai mendidih..
6. lepas tuh boleh tutup api dan MAKANNN!!!



No comments: