you are lucky number~~

free counter

Sunday, 11 December 2011

Nasi Goreng Paprik


Menu makan malam  2 hari lepas kot..
Tiba-tiba mood siam datang tuh yang buat paprik nie..=))

 Bahan-bahan Nasi Goreng
(3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut suka)
sayur kubis (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..Then masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam kalau kering masukan sikit air...kacau dan biarkan sehingga ayam masak..
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan2 tadi sikit kering .. pastuh bole la masukkan nasi..gaul hingga sebati pastu masukkan kubis dan  gaul lagi hingga sekata.
4. Lepas nampak mcm berasap dsyat nasi tuh bole la tutup api nk serve...=))

Bahan-bahan unutk paprik campur


sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (cth kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)


Cara-cara


1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau then masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2.Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air kacau sebati.
3. Pastuh bole masukkan udang ayam dan sotong gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air..
4. Bila semua dah masak boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran..gaul sampai semua masak kemudian boleh tutup api dan dihindangkan..=)











1 comment:

Nurhidayah Shaltes said...

Terima kasih sebab kongsi resepi. Tetiba teringin nak makan Nasi Goreng Paprik. Nak beli kat sini restaurant Malaysia paling dekat 3 jam drive. Takdelah rasa kempunan nak makan nasi goreng paprik hari ni, hehehehe. Terima kasih ye!