you are lucky number~~

free counter

Wednesday, 6 July 2011

Apam Polkadot


Hello this is APAM POLKADOT not MUSHROOM dalam kartun disney..hehe
akhirnyaa tertunai jugak hasrat nak buat apam comey nie..
selalu view blog orang lain mesti ada buat apam polkadot nie..
tapikan apam polkadot nenek nie dia tak bulat2 dia jadi shape ikot suka hati dia...ahahaha
terima kasih pada tuan punya resepi sheely
sedap gileerr kot!!!!
dah la comel..alolololo
excited time buat apam nie.ngee~ nanti nak try buat bentuk lady bird la plak...

:: RESEPI ::

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (nenek pakai strawbery)
  • pewarna

  • CARA-CARA
  • 1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  • 2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  • 3.Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  • 4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  • 5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkaN
  • 6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  • 7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


first time buat semangat gileerr...=)

.....RASA DIA SEDAP N COMEL......


cehh tiba-tiba  plak nk mencapup dalam entry ni..

Friday, 1 July 2011

LAKSAM


yay tercapai jugak hasrat nak buat laksam..=D
kuah dah sedap tapi laksam tuh bikin spoil sikit sebab bila biar lama2 dia jd keras..
tatau la apa salah..rasanya dah ikot betol2 resepi tuh...
lepas tuh bapak nenek ada comment dia cakap laksam tuh kurang tepung gandum
sebab tuh la jadi mcm tuh...oooWW
SEYES cakap kuah laksam nieh mmg sedap..tambah lagi makan time panas....hehehe

RESEPI

BAHAN-BAHAN
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Bahan2 Kuah


10 ekor Ikan(direbus,dibuang tulang)
1/2 inci halia
2 ulas bwg putih
6 biji bwg merah
1 tspn serbuk lada hitam 
 1 litreSantan
3 keping Asam keping
 garam (secukup rasa)
1/2 bunga kantan
sedikit daun kesum

Bahan2 Ulam

tauge
kacang panjang
daun kesum

Bahan2 cili

cili merah
belacan
garam
limau

CARA-CARA
1. nak buat laksam just campurkan suma bahan, Tepung beras + tepung gandum + air suam

2.Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat

                     3.Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak

 nenek buat pakai periuk kukus kecik je..sbb tuh la dia x gulung byk sgt..

4. Nak buat kuah : kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

5.Untuk cili : Blender cili kering dan belacan. tumis dengan sedikit minyak lepastu perahkan sedikit limau dan tambah garam secukup rasa..biar sampai medidih tutup api..

nie bahan2 ulam dia...