you are lucky number~~

free counter

Sunday, 28 August 2011

Kuih Ketayap

Kuih apa yang paling alim???
~kuih ketayap~
hahahaha bonggok punya teka-teki
nak update resepi kuih ketayap
simple je resepi dia...


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
 (blend 3 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 biji telur telur
2-3 titik pewarna hijau
1/2 kelapa parut
bahan inti
150g gula merah
1/2 kelapa parut
1/2 cawan air

minyak masak

Cara-cara
1. Untuk inti masukkan semua bahan-bahan inti dalam periuk, masak gunakan api sederhana sehingga dia jadi melekit-lekit. Angkat dan ketepikan
2. untuk kulit kuih ketayap pula, masukan semua bahan kedalam mangkuk kacau dan tapiskan.
3. panaskan pan yang telah di leserkan dengan sedikit minyak..
4. tuang sesenduk adunan kulit dan lengang-lengangkan kuali agar dia jadi bentuk bulat
5. masak beberapa minit (2-3minit) kemudian angkat
6. masukkan inti di hujung kemudian lipat kiri dan kanan kemudian gulungkan sehingga hujung..
7. Ulang semua step di atas sehingga habis adunan...

Puding Roti Pelangi

Resepi asal dari hanamemories
thanks so much sebab puding nie sangat-sangat sedap...
hari tuh time buat BBQ dengan classmate nenek buat puding nieh
semua org suka makan
sampai tak cukup, ada jugak yang tak sempat nk makan..


Alamak nipis plakk puding nie...Kalau tebal sikit mesty lagi cantik..=)

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
3 tbsp cawan susu pekat
1 tin susu cair
sepeket serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter (cairkan)
230 ml cawan air
pewarna


Cara-cara

1. Didihkan agar-agar dan gula bersama dengan 230 ml air ke dalam periuk.
2. Blend roti + telur + susu pekat + susu cair + butter sehingga lumat.
3.kemudian masukan kedalam periuk agar-agar yang didih tadi
4. Kacau rata sehingga sebati kemudian matikan api.
5. Bahagikan kepada tiga bahagian  dan masukan pewarna pilihan kacau hingga sekata
6. Untuk buat marble, ambil sesenduk color merah dan tuang di tengah2 kemudian ambil sesenduk color kuning tuang diatas warna merah tadi, biar puding bergerak sendiri tak payah ratakan di sekeliling loyang, Kemudian ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 warna kuning pula..Ulang step tersebut sehingga habis.
7.Simpan dalam peti sejuk.bila dah mngeras bole stat makan..=))


Saturday, 27 August 2011

Tiramisu

"Tiramisu is a popular Italian dessert'' kata Wikipedia...
hari tu buat tiramisu tapi bagai dikata la kan
tak sempat nk update kat blog nie
skrg baru la berkesempatan nk update blog...
Resepi tiramisu nie dapat dari sorang cikgu yang mengajar kat Kolej Komuniti
dia ngajar bahagian masakan mcm tuh kot....
sedapp giler la!!! 5 Star recepi nie...=D
Nenek buat dalam 2 bekas :
1- dalam loyang segi empat
2- Dalam tupperware lusinar


nie rupa tiramisu dari atas...Love2 gitu..=)

Bahan-bahan

1 bungkus Biskut Lady's Finger
A- 500g Cream cheese
B- 150 g gula castor
C- 2 biji kuning telur bersama 3 sudu besar gula castor (renehkan secara double boil) untuk sebatikan.
D- 200g krim putar

sirap kopi 
satu paket kopi segere
125 g gula castor
400g air

Cara-cara
1. Sediakan sirap kopi dengan cara masak campur sepaket kopi + gula castor + air then masak sampai mendidih..
2. Putar bahan A dan B sehingga sebati dan tidak bergentil
3. masukkan C dalam adunan dan kacau sebati
4. Kemudian tambahkan D dalam adunan kacau sampai sebati
 (masukan 3sudu besar sirap kopi dlam adunan)
5. Rendam Lady Finger's dengan kadar segera dan susun dalam acuan


6. Masukan aduanan  cheese dan sapu rata


7. taburkan dengan serbuk koko ataupun milo **kalau nk halus tapiskan**


8.Repeat step 5-7 sehingga habis adunan...lepas tu sejukan dalam peti ais 3-4 jam
kemudian boleh makan....=)

nie version dalam tupperware...bole la tgok layer by layer kan..

TIPS : Kalau nk buat love mcm gambar atas tuh gunting kertas A4 jadi bentuk love lepas tuh tapiskan serbuk kopi ke atas adunan...dah SIAP!!!








Cheezy Hot Dog and Bolognese spagetti


apa yang spesial nya resepi kali nie??
confom la cheezy sauce tu
ala-ala KFC jugak la...
sedapp oww!!!

Bahan -bahan
3/4 cup of velveeta cheese
2/3 cup of  cheddar cheese
1/3 cup of whole milk
1/4 teaspoon salt

Cara-cara
1. Panaskan susu kemudian masukan cheddar cheese dan velveeta cheese, biar sampai cair.
2. masukkan garam dan gaul hingga sebati kemudian boleh dihidang.

p/s nenek letak pewarna kuning sikit sebab tuh color dia mcm tu...


Spagetti Tom Yam

Actually nie resepi tangkap muat ja
ada la satu hari tu maybe 2nd week puasa kot
nenek balik kelas lewat lepas tu nak pegi bazar dah tak larat
masak la spagetti sebab dia cepat mudah dan pantas..
selongkar peti ais yang memang padat dengan barang2 tuh
jumpa satu bottle pes tom yam nie
pastuh try and error la buat resepi nie..


rupa macam mee mamak ja tapi rasa TOM YAM...=D

Bahan-bahan
spagetti  (sorang makan)
3 tsbp Pes Tom Yam
5 helai daun limau purut
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 batang carrot (potong dadu)
kicap
2 tsbp Cili kering (yang dah blender)
Dada ayam (pototng dadu)
udang
minyak masak

Cara-cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air..masak sampai naik minyakkk..
2. masukan pes tomyam dan daun limau purut biar seketika sehingga mendidih
3. masukkan ayam dan udang biar sampai masak..**tambah sedikit air*
4. masukkan kicap dan carrot gaul sekejap kemudian masukan spagetti yang  dah direbus
5.gaul hingga sekata..




Tempe Kentang Pedas

Betul ka nama masakan nie macam tu??
nenek reka-reka ja nama dia
sebab masakan nie tak official pon
nak tgok rupa dia tak??
sedap sangat kalo makan dengan MasaK LemaL AyaM...


~JOM MASAK~

Bahan-bahan
3 biji Ubi kentang (potong panjang2)
2 paket tempe
7 biji cili kering (rendam air panas)
kicap 
1 ulas bawang besar
belacan (ikut cita rasa masing2)
1/2 Tbsp serbuk kunyit
minyak masak
1/2 tbsp gula
garam

Cara-cara
1. Blender cili kering yang direndam air panas + bawang besar + belacan sampai lumat...kemudian ketepikan.
2. Goreng Ubi kentang yg dipotong panjang2 sampai masak. Kemudian tos dan ketepikan dahulu.
3. Sebelum goreng tempe, gaulakan dia bersama dengan garam dan kunyit hingga sebati. Goreng sampai garing, tos dan ketepikan dahulu.
4. Tumis bahan yang di blender tadi sehingga naik minyak kemudian masukkan kicap. Ikut cita rasa masing2 kalau nk kurangkan pedas dan hitamkan masakan nie letak kicap lebih
5. Masukan gula..tapi jangan masukan garam sebab ttempe yang goreng tadi dah masin
6. Selepas bahan tumis mendidih masukan kentang dan tempe yang digoreng tadi 
7.gaulkan selama beberapa minit sehingga sebati dan bahan tumis tadi salut tempe dan kentang tadi.
8. tutup api.. hidang.. MAKAN... =))

Friday, 26 August 2011

Assalamualaikum
dah bersawang labah-labah dah blog nenek nie...
eeeiiii siap ada tikus
nampak sgt la dah lama tak update!!!
bukan pemalas tapi BUZY....
semalam dah stat cuti raya sooooo ada la masa nk update blog nie...
antara resepi-resepi yang terGENDALA

TIRAMISU
KUIH SAMPRIT
SPAGETTI 
PUDING MARBLE
SPAGETTI GORENG TOM YAM
TEMPE KENTANG PEDAS
SAMBAL SOTONG KEMBANG
KETAYAP
KUETEOW GORENG

sekadar gambar hiasan..=)




Thursday, 4 August 2011

MEE GORENG MAMAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN
nenek harap tak terlambat la yer...
arinie iaitu bersamaan dengan 4 RAMADHAN 
makan ala kadar je..masak spegeti goreng ala2 mamak je...

nak resepi ke?? tak payah kot sebab main campak ja bhan2 dia..=)












p/s saye x puase pown..ahhahahaha