you are lucky number~~

free counter

Monday, 31 October 2011

FINAL EXAM.....

Pejam celik pejam celik dah final exam!!!
whoaaaaaa
Sila doakan kejayaan beta...=D



Sunday, 23 October 2011

RED VELVET CUPCAKES


..I'm dedicate this sweet lovely cupcake to all person that have brighten up my day..LOVE 4 eva!!!!

 Red Velvet Cupcakes nie nenek combine resepi dari beberapa blog iaitu



Resepi diorang nie nenk edit2 sikit sebab sesetengah barang nk buat cakes tak dak kat rumah
malas nak g beli..buat ikot apa yang ada dalam rumah ja..
CUPCAKES nieh comel dan sedap...
Tak RUGI kalau nak try..adunan ni dapat dalam 10 cup je..kalo sapa2 nak buat lebih bole la gandakan semua bahan2 nie..=)))


::RESEPI::

BAHAN-BAHAN
1 1/4 cup tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp serbuk koko
1 1/2 tbsp pewarna merah
1/2 cup minyak jagung
3/4 cup gula icing
1 biji telur **suhu bilik**
1/2 tsp esen vanilla
1/2 cup buttermilk (kalau xdak gunakan 1/2 cup full cream milk + 1/2 tsp vinegar)
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp soda bicarbonate

CARA-CARA
1. Ayakkan tepung gandum + baking powder + garam (BAHAN A)
2. Sediakan buttermilk dengan cara mencampurkan cuka dan jugak full cream milk..(BAHAN B)
3. Campurkan serbuk koko dengan pewarna merah kemudian kacau hingga sebati.(BAHAN C)
4. Dalam mangkuk adunan, campurkan gula dan juga minyak jagung dan kacau gunakan mixer sehingga kembang putih gebu.
5. Kemudian masukkan telur + esen vanilla + BAHAN C..kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung gandum selang seli dengan Bahan B..ulang sehingga habis.
7. Last skali, combine soda bicarbonate dengan vinegar dalam mangkuk lain kemudian tuang dalam mangkuk adunan..kacau hingga sebati..
8. Tuang dalam cawan cupcakes..**separuh je** bakar pada suhu 170 degree celsius selama 18-20 minit


For the cream cheese frosting

125g cream cheese,softened
50g butter,softened
1/2 cup icing sugar
1/2 tsp vanilla essence
1 tsp lemon juice ( nenek guna 1 tsbp oren sunquick)

::step to prepared::

campur semua bahan dan pukul hingga jadi kembang dan putih..untuk mendapat kan frosting yg putih gebu gunala cream cheese philadelphia..=)


LOVE ME??? EAT ME..=)


FOR THOSE WHO LOVES ME..=P


FROM THE INNER SITE...

Saturday, 8 October 2011

Kek Mentega Pelangi


ohh kaler kek terlalu garang la...niat dalam hati nk bg sweet ja...
esok nenek dah kena balik ipoh
balik kolej = assaigment + quiz +tension + stress
normal la tue jadi student kan igt senang ka nak berjaya..=P
Bak kata J.G Holland 

"God gives every bird its food, but He does not throw it into its nest"

so kita selaku umat islam dan juga hamba Allah yang kerdil nie kena la ikut step yang betul kalo nk berjaya
first kena BERUSAHA
second kena BERDOA'
third lepas berusaha dab berdoa baru kita BERTAWAKAL!!!
kalau kita dah berusaha tapi still tak dapat jugak mesti ada hikmah di sebalik kejadian...
oke cukup la sesi motivasi harini..ahahahhahaha
jum tgok resepi..

Bahan-bahan

250 g Mentega
220 g gula halus
210 g tepung gandum
5 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
pewarna makanan (violet, blue dan apple green)

Cara-cara

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 3 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaup balikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit. 

**resepi nie di ambil dari fotopages mamafami terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi**





Friday, 7 October 2011

Kerabu Mangga


..masakan tradisional..
first time buat tanpa di perhati oleh mummy
dapat resepi pown dari mummy saye jugak...wiwiwiwiwi 
2 minggu lepas sangat la busy dengan asaigment presentation result midsem
semua kena selesai kan..=_='
jadi bila nk hilangkan stress main la masak2 bagi kawan2 makan
jum usha resepi

BAHAN-BAHAN

2 biji mangga muda *saiz sederhana**
100 ml santan cair
2 biji cili merah
5 biji cili api
belacan (lebih kurang 2 cm)
5 sudu besar asam jawa
bawang kecil *hiris*
1 camca besar kerisik
1 ekor ikan kembung **direbus n amik isi sahaja**

CARA-CARA
1.tumbuk cili merah, cili hijau dan belacan hingga lumat dalam lesung batu kemudian masukan asam jawa gaul hingga sekata then masukan isi ikan
2. masukkan santan di dalam mangkuk kemudian masukan bahan2 yang ditumbuk tadi..
3. gaul hingga sekata kemudian masukkan bawang yang di hiris tadi..gaul lg.
4.masukan garam dan serbuk perasa sampai rasa sedap...**HAHAHA ayat apa ni??**
5. last skali baru masukkan mangga yang di racik halus2 tuh..gaul sampai sebati and mix well..

TIPS : untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa..masukkan semua bhan2 yang ditumbuk, santan , mangga ke dalam tupperware..then tutup tupperware goncang la sampai sebati...