you are lucky number~~

free counter

Tuesday, 29 November 2011

Nasi Ayam Kabsa


Harinie makan tengah hari mood arab la pulak...haritu tiba2 ja rasa nk makan nasi arab kabsa
lepas tuh terus search google..jumpa mcm2 resepi tapi nenek pilih resepi dari blog Resepi Raidah
sedapp resepi tu..tak rugi kalau nk mencuba..
tapi nenek ada edit sikit la resepi tuh ikut keadaan dan situasi..
contohnya rempah kabsa tuh memang cari tak dak pown dekat alor star nie..
so nenek replace dengan rempah campur kalo nak pakai rempah briani pown bole jugak..
Lagi satu saffron kan, tak jumpa jugak so replace dengan pewarna kuning ja.
Kalau Pak Arab depa makan dengan sos yang macam air asam tu..tapi xpedas pown sebab bahan2 dia xdak cili..selalu kalo makan kat kedai nasi arab mesti frust sebab sos dia tak pedas...So arinie  nenek buat air asam untuk makan ng nasi ayam kabsa nie..baru puas hati..Kira mcm resepi arab campur melayu la nie..dah memang orang melayu yang masak kan..=))

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (potong 4)
3 cawan beras basmati ( cuci dan rendam 30 minit n toskan)
4 1/2 cawan @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi *nenek pakai butter
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih ( cincang halus)
1 batang karot (hiris panjang2)
2 biji buah tomato (dikisar)
2 sudu tomato puri *nenek x letak
1/2 sudu kecil pewarna kuning 
1 sudu besar rempah campur/rempah briani
1 biji lemon hitam/kering  *tak letak
1 biji lada bengala merah *tak letak
1 sudu kecil lada hitam serbuk
2 biji cili merah (belah 4 habagian jgn putus)
1/4 cawan kismis *tak letak
Garam secukup rasa 


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga,bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan tomato, pewarna kuning dan juga rempah campur, masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukan ayam dan juga separuh daru jumlah air yang dinyatakan di atas, masak sehingga ayam betul2 masak.
4. Masukan garam secukup rasa..**pendapat nenek biar la masin sikit sebab nanti nak masukan beras baru la rasa sekata**
5. Lepas ayam betul2 masak angkat ayam kedalam bekas lain. kemudian baru masukan beras yang direndam tadi bersama dengan carrot, cili merah dan juga air panas secukupnya.
6. Gembur nasi bila betul2 masak atau lepas 30 minit supaya nasi tidak hancur..
**nasi nenek hancur sebab dok kacau dia..tak nampak beras panjang2 tu..=((***
7. Bila nasi dah masak masukkan kembali ayam yang kita bawak keluar tadi tuh...biar 10 minit baru tutup api..
8. Bole makan dengan air asamm...=))


Bahan dan juga cara-cara nak buat air asam nie :

1 biji tomato *hiris halus
1 biji bawang besar *hiris halus
3 biji cili merah
6 biji cili hijau
1/2 cawan air asam jawa
1 inci belacan
1/2 biji asam limau
garam secukup rasa

Blender cili merah, cili hijau, belacan dengan air asam jawa (tak lumat pown xpa) lepas tu masukan dalam mangkuk, lepas tuh masukan tomato ng bawang besar..gaul sehingga sekata lebih afdal pakai tangan..ahahaha
bole hidangkan...=))


Yang nie version design tak cantik..=)) memang fail la bab2 nk mendecorasi makanan nie...


Subway Cookies


Special thanks to Rita Suzyanti Ibrahim sebab dia la yg ajar nenek buat cookies nie 
time overnight kat rumah dia dulu...
sedapp kot subway cookies nie...
dia ranggup kat bahagian tepi then bila masuk mulut kita rasa dia mcm cair...SEDAP!!!

Bahan-Bahan

2 cups Tepung naik sendiri
170g butter cair
1 cup brown sugar
1/4 cup white sugar
1 tbsp vanila essence
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cup badam cincang
1 cup chocolate chips

Cara-cara
1. Pre-heat oven selama 10 minit..
2. Time buat cookies nieh nenek terlupa beli self-raising flour so nenek buat sendiri ja dengan cara 2 cawan tepung gandum campur dengan 1 tbsp serbuk penaik..lepas tuh ayak sebanyak 3 kali..
3. Pukul gula perang dan gula putih dengan butter cair sehingga jadi creamy.
4. Kemudian masukkan telur dan juga telur kuning, pukul sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.
5. Dengan menggunakan spatula gaulkan tepung sehingga sekata n masukkan badam dan juga chocolate chipss, gaul sekata.
6. Sapukan loyang pembakar dengan butter then drop big, round tablespoons of sough onto the prepared cookies trays.
5. Bakar selama 15-17 minit dengan suhu 165 degree celcius..



Retrieved from Allrecepies-Subway cookies http://allrecipes.com.au/recipe/10263/-subway--cookies.aspx..

Monday, 28 November 2011

Sambal Udang


My Favourite all the time...Udang..buat la apa jenis masakan pun nenek mesti suka..
walaupun lepas makan udang nieh jerawat tumbuh
bagai cendawan tumbuh selepas hujan..mungkin nenek alergi terhadap udang..
tapi tak kesah la..udang nie sedap apa salahnya sekali sekala tumbuh jerawat kan...='(

Bahan-Bahan

1/2 kilo udang saiz sederhana
2 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering (rendam air panas smapai lembut)
1/2 inci belacan
1 mangkuk asam jawa
1/2 biji bawang besar di hiris
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara

1.Blender cili kering + bawang besar + belacan+ air secukupnya sehingga lumt..ketepikan
2. Tumiskan separuh dari bawang besar yang dihiris tadi sehingga naik bau..
3. Masukkan bahan-bahan blender tadi dan air asam jawa..biarkan sehingga mendidih dan sedikit kering
4.  Masukkan udang yang telah di cuci.
5.Gaulkan sehingga udang masak..kemudia letak gula garam secukup rasa..Gaulkan sebati
6.Biar mendidih seketika dan boleh tutup api..
7.SEDIA DI HIDANGKAN




Sayur Kangkong Goreng


Harinie nenekkk sangat sangat sangat la malas nak masak..
tapi kalau tak masak lapar pulak kan
so harinie masak yang simple2 ja iaitu sayur kangkong goreng dengan sambal udang..
resepi sambal udang boleh tengok entry seterusnya..=))

Bahan-bahan
1 ikat kangkung (ikut suka la nk letak byk mana)
3 sudu besar udang kering
2 ulas bawang kecil (hiris halus)
1 biji cili merah (ditumbuk)
kicap
garam
minyak

Cara-cara
1. Rendamkan udang kering 10 minit kemudian tos dan ketepikan.
2.Tukan bawang kecil sampai naik bau kemudian masukkan cili yg dah ditumbuk tumis seketika..
3. Masukan udang kering gaul sekata.
4. Masukan ayur kangkung bersama sedikit air tutup dengan tudung periuk selama 5 minit..
5. Gaul sekata kemudian masukkan kicap dan garam secukup rasa..
6. DAH BOLE MAKAN...

Wednesday, 23 November 2011

Cendawan Goreng Tepung


Senang ja nk buat cendawan goreng nie..
bahan-bahan yang kena ada pown ikut suka hati ja kuantiti dia..
nk hidang kan mcm2 cara..ada orang makan dengan nasi
ada orang cicah dengan sos
ada orang cicah ng mayonis
nenek suka makan cicah sos ng mayonis...sedapp gilosss..
tambah pulak hujan2 nie kan makan panas2...bess giloss~~
jum la tgok resepi

Bahan-bahan

300g cendawan tiram (di carik-carikan dulu)
tepung goreng kentucky (alaa yg spicy tu)
2 biji telur
minyakk secukupnya (goreng cara deep fry)

Cara-cara

1. Basuh cendawan kemudia toskan.
2. Pukul telur dalam mangkuk besar skit yang muat dengan saiz cendawan2 tu...
3.Pastu masukkan cendawan yg dah ditos tadi...Gaul sampai rata
4. Masukkan tepung sehingga semua cendawan tersalut..lagi banyak lagi bagus..=)
5. Goreng dengan cara deep fry sehingga cendawan kekuningan..
6. Angkat dan toskan minyakkk..pastuh bole la MAMAM....


Monday, 21 November 2011

No caption just picture..


I just started my semester break...YAY!!!!


Sayur Cendawan Tiram Goreng...


Lauk makanan tengah hari nenek harinie
dah lama rasanya tak makan cendawan
sedappp gilosss cendawan tiram nie..dah la besarr dan gemok2...wee~
petang nie nak buat cendawan goreng pulak kot..=)
niee dia resepi syur cndawan goreng..SEDAP..CEPAT..SENANG
tu la slogan yg boleh diguna pakai time masak cendawan nie...
ahahhahahahah **mereng**

RESEPI nie untuk 2-3 orang ja

Bahan-bahan

100g CENDAWAN TIRAM- disiat-siatkan dengan kejam=)
4 ulas BAWANG PUTIH - di cincang halus
IKAN BILIS - ikut suka nk letak byk mana pun
1 sudu besar SOS TIRAM
1 biji CILI MERAH - di hiris halus
LADA SULAH - secukupnya
MINYAK MASAK - untuk menumis
GARAM secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali kemudian masukkan minyak masak kemudia tumis bawang putih dan cili merah hingga naik bau.
2. Masuukan ikan bilis biarkan sehingga sedikit garing kemudian masukan sedikit air..
3. Masukkan sos tiram + lada sulah dan biarkan semua bahan tadi mendidih..sesuaikan rasa dengan menambahkan garam secukupnya.
4. Kemudian masukkan cendawan yang dah di basuh ke dalam kuali..Gaul rata dan biarkan selama 3 minit.
5.Sedia untuk dihidangkan...=)


Friday, 18 November 2011

Fried Fusilli Cheese


Today i feel like wanna cook western so i've made fried fusilli cheese and serve with coleslaw..
for coleslaw recepi please visit previous entry..=)
AWESOME!!!!!
seriously cepat kenyang makan pasta nie..tapi bila makan banyak2 rasa muak la sebab dia ada cheese..
oleh itu makan sikit2 sudah...hehehehe

:::RECEPI:::

Bahan-bahan

1/2 paket fusilli
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk cili
1 tin tomato puree
 5 sudu besar susu segar *optional
daging ayam cincang 
2 paket parmesan cheese @ pakai je apa jenis cheese yg available dalam peti ais korang
minyak *untuk tumis

Cara-cara
1. Dadukan bawang besar dengan bawang putih kemudian tumis sehingga naik bau..
2. Masukkan ayam cincang dan sedikit air..(kuantiti air tu biar sampai daging ayam tenggelam)
3. Biar sampai mendidih masukkan serbuk cili pulak..biar sampai cili masak..(sampai xdak bau yg mencucuk hidung)
4. Bila tengok bahan2 tadi mcm dah kering sikit masukan plak tomato puree..biar sampai mendidih kemudian sesuaikan rasa dengan tambah garam or gula.. gaul sebati
5. masukkan cheese dalam bahan2 tadi biar sampai dia cair 
6.last sekali baru masukkan fusilli kacau sehingga dia kering..(nk basah2 pown bole)
7. Hidangkan dan makan!!! yey~~




Coleslaw


Nak buat entry double recepi ke??
xpayah la nanti panjang sagt pulak..oke jum kita cerita pasal resepi COLESLAW dulu..
kawan2 nenek suma puji sedap rasa mcm KFC pnya coleslaw..
Special thanx to classmate nenek nama dia YANA ARiFFIN..
dia la yang bagi resepi nie..=)
Mudahhh sangat nak buat coleslaw nie...selamat mencuba..=)

:::RESEPI::

Bahan-bahan

1 biji kubis 
3 batang carrot / lobak merah
1 botol mayonis lady's choice *nenek pakai yg buat coleslaw tu
50ml full cream milk **kalo nk lebih pown bole
1 sudu teh cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Basuh kubis dan carrot lepas tuh cincang sehingga halus **nenek parut/ sagat je **
2. Gaulkan dengan mayonis sehingga sebati.
3.Masukan susu segar + cuka + gula garam secukup rasa.Gaul sampai sebati.
4. pastuh bole la simpan dalam peti ais.Hidang time sejuk SEDAP giler!!!

TIPS 
1. cuka tuh bole replace dengan limau kasturi..
2.lepas tuh resepi nie bole ja main campak2 ikut suka hati..hehehehe janji bahan2 dia sama.
3. Ada sesetengah org tambah mix vege or brocoli or pakai kubis purple tuh..masukan je apa yg korang nak..


~SELAMAT MENCUBA~





Kek Sultana / Kek Buah


sebenonyeee kek buahhh nie buahhh dia byk jugak yang jatuh..
sebab dia kan buah tak cukup kering time jemur..
check it out recepi jom..

BAHAN-BAHAN

280 mentega
230 gula halus
5 biji telur
1 sudu besar gliserin
200g tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung
250g kismis
60g tepung high protein

CARA-CARA
1. Seelok-eloknya kan kering kan kismis tuh semalaman lepas tuh gaulkan dengan tepung high protein.ketepikan
2. Lepas tuh ayakkan tepung gandum dengan serbuk penaik.ketepikan
3. Putar mentega dan gula halus sehingga lembut dan gebu.
4.Campurkan telur satu persatu dan putar sehingga lembut tidak berbintil-bintil
5. Kemudian tambahkan gylserin , susu tepung dan tepung + serbuk penaik yang dah ayak tadi dan pukul sehinnga sebati.
6. Dengan menggunakan spatula campurkan kismis yang dah digaul dengan tepung high protein dan adun sepenuhnya.
7.Bakar pada suhu 180 degree selama 60 minit..