you are lucky number~~

free counter

Tuesday, 27 December 2011

Asam Pedas Melaka *resepi modified*



Resepi asam pedas melaka nie nenek dah pernah update haritu
resepi haritu pown sedap tapi mcm terlebih air
pastuh kali nie modified sket resepi supaya pedas sikit dari haritu
lepas tu kali nie nenek masak ikut cara Flourence Tan..dia pernah buat demo time kuliah mastercheff minggu ke berapa ntah tak ingat..Klik Ikan Gerang Asam - Flourence Tan kalau nk tengok resepi dia..
Tapi nenek tak ikut sebiji-sebiji resepi dia..nenek ubah skit ikut cita rasa sendiri..
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi kali nie memang sedap
semua bahan serasi dengan masing-masing..Serius tak jemu makan asam pedas nie...
Licin pinggan...=))

:: RESEPI ::

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering
1 inchi halia
1 inchi kunyit hidup
1 tsbp Jintan Manis
1 cawan air

Bahan Menumis
1 labu bawang besar (hiris halus)
1/2 tsp  biji sawi
1/2 tsp halba

Bahan lain-lain
6 ekor ikan kembung (Guna la ikan apa pon..)
3 tsbp asam jawa campur dengan 1 cawan air
1 kuntum bunga kantan (belah dua)
2 batang serai (diketuk)
segenggam daun kesom
2 biji tomato (belah 6 setiap biji)
1/2  cawan air
4 tbsp minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan menumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar halus, serai, bunga kantan dan biarkan sehingga naik minyak.
3. Setelah itu, masukkan air asam jawa, daun kesom dan 1/2 cawan air, dengan menggunakan api yang kecil biarkan sehingga mendidih. 
4. Bila dah mendidih besarkan api semula, perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan ikan. Biarkan selama 5  minit.
5. Last sekali boleh masukkan tomato, slowkan api dan reneh sehingga mendidih..
6. tutup api dan boleh hidangkan dengan nasi panas..=))




Sunday, 25 December 2011

Kari Ayam Tanpa Santan



Assalamualaikum
hari nie nak update resepi yg dah lama tertinggal dalam draft...lupa plak nk post haritu
dah lama dah buat kari ayam tanpa santan nie..
sedap kalo makan dengan roti jala..tapi nenek buat makan tengah hari je..
Kenapa nenek tak letak santan ?? Jawapan dia mudah ja sebab tak dak santan la..**oke sarcastic**
actually semua bahan dah siapp dah tup tup bukak2 ja santan tu
mcm dah busuk dan masam ja..cisss sebab tu la buat version tanpa santan..=))
Jom tengok resepi..

Bahan-bahan

5-6 ketul ayam
3 ulas bawang merah 
3 ulaas bawang putih
1/2 inci halia (hiris halus)
1 tsp rempah 4 sekawan
4 susu besar rempah kari ayam/daging
2 biji kentang (potong dadu besar)
air secukupnya
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Mula-mula tumbuk bawang putih dan juga bawang merah sehingga hancur. Kemudian bahagi kepada dua bahagian..*ketepikan sat*
2. Bancuh rempah dengan air panas dan kacau hingga sekata kemudian masukkan 1 bhagian bawang2 yang dah ditumbuk ke dalam bancuhan rempah.*ketepikan*
3. Panaskan periuk kemudian masukkan minyak masak, tumiskan lagi 1 bahagian bawang yg di tumbuk tu, halia, dan juga rempah 4 sekawan sehingga garing dan wangi.
4. Lepas dah naik bau boleh la masukkan bancuhan rempah tu hingga naik minyak.
5. Masukkan air dan garam secukupnya. biarkan sehingga mendidih.
6. Last skaly baru masukkan kentang dan juga ayam, masak hingga ayam dan kentang empuk.
7. Bila dah cukup rasa, cukup empuk bole tutup api dan hidangkan..=)

Saturday, 24 December 2011

Sup Telur Campur



satu lagi masakan yang nenek nk suggest bila malas-malas...
orr dalam dapur memang dah tak dak apa cuma tinggai fucuk ng telur ja
bole la try masakan nie..

Bahan-bahan

3 biji telur ayam / itik
2 paket fucuk campuran tu (dlm tu ada soon ng cendawan hitam skali tu)
1 tbsp perencah sup adabi
2 biji kentang (potong lapan)
3 biji bawang merah (hiris)
3 biji bawang putih (hiris)
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Cara-cara

1. Mula-mula kita rendam fucuk campuran tu sampai lembut.
2. Sementara tu tumis bawang putih dengan bawang merah sehinngga naik bau lepas tuh masukkan kentang ng air..(air tu juat sampai ubi tenggelam ja)
3. Bila ubi tu dah lembut masukkan perencah sup dengan garam secukupnya** seelok2nya masin sket sebab nanti nak masuk fucuk kan takut tawarrr...**
4. Tambah air lagi bagi 3/4 periuk kan... pastu biarkan mendidih..then pecahkan telur sebiji demi sebiji pastikan jangan bertindih tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.
5.Lepas tu telur tu dah mcm kerass dah boleh la masukkan fucuk campur yang dah direndam tu...kalo dia mcm kering tambah air sikit lg...tutup tudung periuk dan biarkan mendidih...
6. tutp api dan boleh dihidangkan...=))



p/s maaf kalau ayat tunggang-langgang dalam entry nie..


Thursday, 22 December 2011

Ayam Masak kicap


woooahhhh berminyaknya...memamng tak sihat...actually nie resepi ayam masak kicap yg simple je..tak payah susah-susah nak blender2 bawang just campak ja bahan-bahan dalam kuali..
bila kesuntukan masa ataupun malas dan memamg lapar gilaa...memang cara ayam kicap nie la nenek pakai..hehehehehe mudah ja resepi dia..satt ja dah siap...=))

Bahan-bahan

ayam (suka hati la nak banyak mana)
kicap
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar (hiris bulat2)
sedikit air asam jawa (1/2 cup)
garam
kunyit
minyak untunk goreng

Cara-cara

1.Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam..kemudian goreng sehingga masak..(deep fry) dan toskan minyak.
2. Dengan mengunakan kuali yang sama buang sedikit minyak untuk goreng tadi kemudian masukkan air asam jawa, kulit kayu manis dan  kicap secukupnya dan kacau sehingga mendidih..tambah airr jika nk banyak kuah...
3.Masukkan ayam dan gaul sehingga seluruh bahagian disaluti kicap.
4.Last sekali boleh masukkan bawang besar gaul sekejap dan boleh dihidangkan..=))


Wednesday, 21 December 2011

Easy Chocolate cake..


Dah lama nenek tak come out dengan bakery-bakery nie..lately asyik post pasai lauk pauk ja kan..
so kali nie buat experiment kek yang kecikkkkk je...mesti pelik kan apesal la nk buat kek kecik2 nie??
sebenarnya nenek tertarik nak try resepi 5 minute chocolate cake tu...alaa cake yang buat dalam mug tu.. tak payah pakai mixer bakar pown dlam microwave selama dua minit...menarik kan...
visit this we for futher information clicks 5 minute chocolate cake..=))
Nenek modified sket resepi tu...tak bakar pakai microwave pown nenek kukus kek tu dalam mngkuk yang kecik...so ni la hasil dia....orang dalam rumah nenek nie sebenarnya tak suka sangat kek chocolate kalo buat besar2 takot membazir plak sebab tak larat nak habiskan sorang2...Jom tgok resepi dia!!!

Bahan-bahan

4 tbsp tepung gandum
4 tbsp of brown sugar
2 tbsp serbuk koko
1/4 serbuk penaik
3 tbsp wisked egg
3 tbsp fullcream milk 
3 tbsp melted butter
1/4 tsp esen vanilla

Cara-cara

1. Ayak tepung, serbuk penaik dan juga serbuk koko dalam satu mangkuk.
2. Dalam mangkuk lain gaulkan gula dengan butter cair sehingga sebati kemudian masukkan telur dan juga esen vanilla dan susu, gaul lagi sehingga sekata .
3.Masukkan semua bahan2 yang di ayak tadi kemudian gaul hingga sekata dan tidak berketul-ketul.
4. Tuang dalam mangkuk lain atau dalam mangkuk yang sama dan kukus hingga masak..(lebih kurang 1ominit)
5. Bila dan sejuk bole la letak topping dan hias..untuk resepi topping clicks SINI...

Tips : guna magkuk kecil ja agak2 besar mug cukup..tak perlu yang besar-besar sebab adunan nie sikit ja..


result exam dah keluar..=))
Alhamdullilah atas semua yang berlaku kerana semua pasti ada hikmahnya..






Lemak Pucuk Ubi


Harinie masak masakan kampung untuk lunch...
dah lama kot tak makan pucuk ubi..makan plakk dengan nasi panas ,ikan goreng , sambak belacan..PERGHHH
mmg sedap la kan...Jom check out the recepies...=))

Bahan-bahan

Pucuk ubi (lebih kurang secekak)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
santan (bahagi kepada 2 - 1 litre cair dan 300 ml pekat)
segenggam ikan bilis (rendam dlm air)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inchi kunyit hidup*
2 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1 inchi belacan*
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Mula-mula kita asingkan daun pucuk ubi dari tangkai dia kemudia cuci dan toskan..kemudian rebus dalam periuk menggunakan air yang secukupnya hingga 3/4 lembut.
2. Sementara tunggu pucuk ubi lembut sila kisarkan bahan2 yang bertanda starr diatas sehingga lumat.
3. Bila pucuk ubi dah 3/4 lembut tutup api dan toskan dan cuci dengan air lepastu perah dan hiris kasar-kasar..
4. Masukkan pucuk ubi bersama dengan bahan kisar, santan cair, serai dan juga asam gelugor biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan santan pekat bila pucuk ubi dah lembut then bole tambah garam dan gula secukup rasa..masak dengan api sederhana dan biarkan sampai mendidih..
6. lepas tuh boleh tutup api dan MAKANNN!!!



Sunday, 11 December 2011

Moi Sup



Moi sup untuk orang sakit....sapa orang sakit tu??
nenek la orang sakit tu...dari pagi sampai ke tengah hari ulang-alik p toilet ja sebab diarrhea(cirit-birit)
sebab kelmarin p makan kenduri..lauk dia contaminated kot..
sebenarnya daging nie kat rumah  bapak nenek dia rebus ja buat cicah air asam.
tapi nenek dah fobia tgok air asam yg bercili tu ...dah nenek yg buat air asam tu mesti la taw cili pakai byk mana..huhuhuhu serammm kot..tak pasai-pasai toilet jadi tempat faveret stg..
Pastu bila dah tahap kekerapan ke toilet tu dah kurang nenek pown p la cari barang2 kat dapur kot2 la bley buat MOI SUP...naseb baik ada lg rempah sup tu...tapi bahan-bahan tabur mcm bawang goreng or lobak masin etc. tak dak la...buat apa yang mampu ja..

:::RESEPI SUP::
(untuk sorang)

Daging yang direbus sehingga empuk **kuantiti ikut suka**
1 mangkuk air rebusan daging
1 sudu besar serbuk perencah sup adabi
1/2 biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris panjang2)
1/2 biji jus limau kasturi
1/2 batang carrot 
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan daging bersama air rebusan dia dalam periuk kemudian panaskan sikit pastu masukkan perencah sup, bawang besar, halia dan carrot...
2. Biar hingga mendidih pastu perahkan jus limau dan masukkan garam secukup rasa..
3. Biar sampai carrot lembut then bole la tutup api dan makan dengan moi/bubur nasi..Makan panas-panas sedap gilerr!!!



notakaki -> Oh dah lega dari cirit-berrry..and now craving for Red Velvet Cake...



Nasi Goreng Cina *ala thai*


Title tulis nasi goreng cina tapi ala thai.. nasi goreng cina ka nasi goreng thai nie???
Jangan pening2 sebenarnya nie nasi goreng yang di cipta ikot apa yang ada dlam dapur ja..=))
dia jadi nasi goreng ala thai sebab ada daun limau purut ng cili padi ja...

::RESEPI::

Bahan-Bahan (untuk 3 orang)

3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih (dicincang)
sedikit udang
daging ayam 
1sudu besar lada sulah
1 sudu besar sos tiram
sedikit mix vege
3 biji cili padi (diketuk)
3 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau kemudian masuukan isi ayam dan juga udang then tambah air 1 cawan biar sehingga masak..
2. masukkan sos tiram dengan lada sulah gaul sekata..then masukkan cili padi, daun limau purut dan mix vege.
3. Perasakan bahan2 tadi dengan garam dan serbuk perasa... 
**bagi masin byk sikit sbb nanti nk masuk nasi takut tawar plak...**
4.  Bila bahan tadi dah mcm nk kering masukkan nasi gaul sampai sekata...Bila dah masak bole tutup api dan hidangkan...

SUGGESTION : makan dengan telur goreng... awesome bebeh...=)))


Nasi Goreng Paprik


Menu makan malam  2 hari lepas kot..
Tiba-tiba mood siam datang tuh yang buat paprik nie..=))

 Bahan-bahan Nasi Goreng
(3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut suka)
sayur kubis (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..Then masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam kalau kering masukan sikit air...kacau dan biarkan sehingga ayam masak..
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan2 tadi sikit kering .. pastuh bole la masukkan nasi..gaul hingga sebati pastu masukkan kubis dan  gaul lagi hingga sekata.
4. Lepas nampak mcm berasap dsyat nasi tuh bole la tutup api nk serve...=))

Bahan-bahan unutk paprik campur


sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (cth kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)


Cara-cara


1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau then masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2.Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air kacau sebati.
3. Pastuh bole masukkan udang ayam dan sotong gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air..
4. Bila semua dah masak boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran..gaul sampai semua masak kemudian boleh tutup api dan dihindangkan..=)











Monday, 5 December 2011

Udang Goreng Kunyit


SEDAPNYA MAKAN DENGAN NASI PANAS...=))

Udang + kunyit + garam + bawang besar + cili
masakan yang express dan sedap!!!!


Sayur Bendi Goreng Kicap


Penyakit malas nak update blog dah sampai...wuwuuwuw
nie lauk makan tengah hari kelmarin..express!!
cepat siap cepat ler makan..

Bahan dan Cara Masak
 **kuantiti ikut suka hati**

Bawang merah (mayang halus)
Ikan bilis
Cili merah (hiris)
Kacang bendi (hiris)
Kicap
minyak

Tumis bawang merah sampai wangi lepastu masukan ikan bilis biarkan hingga garing sikit..pastuh masukkan kacang bendi dengan cili merah letak air sikit dan gaul.. then bole masukkan kicap, garam dan serbuk perasa secukupnya...Gaul sampai bendi masak..boleh makan dah..=))




KoTeow Kung Fu


AMARAN : Tak perlu berkung fu ketika masak!!
tudiaa baq hang nie la menu makan malam *actually makan ptg* 
ohhh gambar di atas amat la comot..
sorie la tataw la nak berdecorate sgt...
Jom la tengok resepiii untuk 1 orang je.

Bahan-bahan 

Koteow
1 biji telur
lada hitam / lada sulah
sotong/udang/ayam
1/2 batang carrot dan sayuran lain..*optional
1 tsbp tepung jagung (larutkan dalam secawan air)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
3 biji cili padi (di ketuk)
1 tbsp sos tiram
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara


1.Pukul telur dengan sdikit garam dalam mangkuk kemudian masukan koteow..gaul sampai telur salut semua ko toew.
2. Panaskan kuali kemudian masukkan minyak lepas tu tuangkan telur yang di kacau ng telur tadi..ratakan sikit biar nipis..
3. Balik-balikan hingga dua-dua belah masak..lepas masak boleh masukkan dalam pinggan..
4.Untuk bahan kuah pulak, Tumiskan bawang putih sehingga keperangan pastu masukkan isi ayam, udang sotong dan sebagainya...pastuh masukkan secawan air..biar hingga mendidih..
5. Lepas dah mendidih masukan cili padi, sos tiram, ada sulah dan garam secukup rsa..kalau nampak mcm dah kering tambah lg air.
6. Skrang bole masukkan semua jenis sayur-sayuran biar hingga separuh masak ataupun masak..**depend on individu**
7. Lepastu masukkan air tepung jagung tu biar mendidih dan ia akan jadi pekat...kalau nak cair skit tambah air...biaar mendidih lagi skali tutup api hidangkan..