you are lucky number~~

free counter

Wednesday, 25 July 2012

Ayam Kunyit Jerr...

Assalamualaikum
Dah lama sangat tak tulis blog nie rasa kekok plak.
Rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga ramadhan kali nie lebih baik dari yang lepas.
Insyaallah 

Okey lah harinie nenek nak share resepi yg mudah ja
semua orang pernah buat
tapi saja nak banyakkan entry..hahaha
Tapi mungkin resepi simple macam nie bole bagi idea kepada 
sesetengah orang untuk masak kan especially orang bujang..*point my finger on my face*
maklumla bulan puasa kadang-kadang nak makan pown jadi masalah sebab
banyak sangat makanan sampai jadi konfius
untungla kita rakyat Malaysia banyak makanan..


Here is the recipe

Bahan-bahan
ayam secukupnya (potong kecil2)
kunyit serbuk secukupnya
1 sudu besar serbuk kari
garam secukupnya
kacang panjang secupkupnya
carrot secukupnya
1 labu bawang besar
1 batang serai
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Gaulkan ayam bersama kunyit, garam dan juga serbuk kari.
2. Kemudian goreng ayam dan serai dalam minyak secukupnya sehingga masak.Minyak tak perlu banyak sangat kita kan mengamalka gaya hidup sehat..=)
3. Campakkan carrot, kacang panjang dan bawang besar. Kemudian goreng sehingga tahap yang kita suka kalau nenek suka yang ranggup2 sket...



Saturday, 24 March 2012

Ikan Bakar bersambal


Assalamualaikum readers
harinie nk share resepi ikan bakar bersambal
resepi nie sesuai untuk semua jenis ikan tapi nenek pakai ikan kembung ja maklumla student kan melampau nk makan ikan mahai2..=) 
nk buat ikan bakar nie tak payah susah-susah kena asap kena arang kena api
resepi nie bakar atas pan dan hasil dia lebih kurang saja dengan hasil bakar atas arang tu..
jom check out resepi

BAHAN-BAHAN

Ikan **jenis apa on tak kisah, nenek pakai ikan kembung 9 ekor**
daun pandan
7 biji cili kering
1 batang serai
4 biji bwang merah kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar serbuk kurma
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

1. Bersih dan kelarkan ikan kemudian basuh dan toskan
2. Blender semua bahan-bahan diatas kecuali daun pandan dengan ikan.
3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang di blender tadi sehingga agak kering dan tambah garam gula secukupnya.
4. Gaulkan bahan-bahan yang dikisar tadi pada ikan kemudian balut dengan daun pandan  untuk terbitkan aroma, nak pastikan daun pandan tu tidak terbuka semasa membakar cucuk dengan lidi sikit..kemudian perap selama 10-20 minit.
5. Lepas tu boleh bakar atas pan yang di gris dengan sedikit minyak, balik-balikkan ikan hingga mencapai tahap yang dikehendaki..
6. Bila dah siap boleh hidangkan bersama nasi panas dan juga air asam...SEDAPPP!!!

 Yang nie rupa ikan sebelum bakar..perapkan dia selama 10-20 minit..


Normal la daun pandan tu tercabut2 time dok alih ikan...=DD

selamat mencuba

Tuesday, 6 March 2012

Grilled Chicken Chop


Actually nie enrty yang tergendala..
dah lama buat grilled chicken chop nie time cuti maulidurasul hari tu kalau tak silap..tapi sebab busy plus broadband slow malas nak update..harinie baru rajin nak update...wee~~
Untuk sauce dia nenek buat mushroom balckpaper sauce..

..RESEPI.

Bahan Untuk Merinate

3 keping dada ayam
1 kiub pati ayam knorr
2 tbsp sos tiram
1/2 cup sos lada hitam maggi
3 ulas bwang putih (tumbuk halus)
3 ulas bawang merah (tumbuk halus)

Cara-cara

1. Lumurkan semua bahan-bahan pada kepingan dada ayam.
2. letak dalm bekas tertutup simpan dalam peti ais selama 1-2 jam..
3. Lepas perap boleh la grilled atas pan..nenek letak 1 sudu besar butter keliling ayam time grilled.pastu balik -balikkan sehingga ayam masak.

Bahan (Mushroom Blackpaper Sauce)

1/2 botol blacpaper sauce manggi
1/2 tin button mushroom (hiris)
1 cawan susu segar
2 tbsp butter
2 ulas bwang putih (cincang)
garam secukup rasa
kicap jika perlu

cara-cara
1. Panaskan pan kemudian masukkan butter biar hingga cair then tumis bwang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
2. tuangkan blackpaper sauce dan susu segar gaul sekata dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan button mushroom, jika kuag pekat tambah susu atan air.
4. Sesuaikan rasa dan warna sauce dengan tambah garam ataupun kicap untuk bg gelap sikit sauce tu.
5. Bila semua dah oke bole tutup api dan hidangkan..

Bahan Coleslow

1/2 biji kubis (hiris halus)
1 biji carrot (diparut)
1/2 cawan mayonis
1/4 cawan susu segar (kalau terlalu cair kurangkan susu)
1 tsp cuka
gula dan garam secukup rasa

cara-cara

Campukan semua bahan-bahan sehingga sekata
 dan simpan dalam bekas tertutup kemudian letak dalam peti ais..
sedia di hidangkan...



Orange Muffin


Assalamualaikum readers dah lama rsanya tak update blog..
i've undergoes hectic life this semester and now is the midsem break..yay!!
i can reload my energy to face final exam next month starting from now..*sigh*
Oke forget about that..
harinie nak updates pasal Orange Muffin resepi asal dari buku 
'FOOD LOVERS - Cupcakes & Delecious Bake'



nenek tak recomend sgt untuk try resepi nie sbb muffin dia padat sgt..
myb salah enek kot..tapi kalo sekali lagi buat nak kurangkan tepung dia
separuh ja..maybe oke..=D
JOM CHECK OUT RESEPI

Bahan-bahan

75 g butter melted
1 biji telur (lightly beat)
3/4 cup plain yogurt
1 orange (juice and finely grated zest)
250g all purpose flour (plain)
1 tbsp baking powder
150g sugar

Cara-cara

1. Panaskan oven 180 degree calcius.
2. Campurkan butter, gula, telur, yogurt, orange juice dan juga zest dalam mangkuk adunan.Kacau sebati.
3. Dalam bekas lain ayakkan tepung dan juga baking powder.
4. Kemudian campurkan sedikit demi sedikit tepung kedalam mangkuk adunan yang berisi semua bahan basah tadi. Gaul sebati..
5. Sendukkan adunan kedalam cawan cupcakes.Kemudian bakar selama 25 minit sehingga keemasan.
6. Keringkan atas ridai kek selama 5 minit.


satu adunan nie bole buat 10 cawan muffin...

**sorry kalau ada ayat tunggang-langgang dan susah nak paham..i'm really bad in writting **



Monday, 9 January 2012

Red Velvet Cupcakes Version Sesame street


Ini laaa hasil kerja aku...weehuuu
seronok jugak buat dia memang la leceh skit tapi bila tengok kat hasil dia
legaa..hilang semua penat..=))
Red Velvet Cupcakes nie guna resepi yang sama macam yang lepas cuma kali nie
variasikan dia dengan decoration ELMO, COOKIES MONTERS and  OSCAR THE GROUCH..
jom tengok bahan asas nak buat red velvet cupcakes nie dulu lepastu baru kita cerita pasal bahan nk decorate  cupcakes nie..

BAHAN-BAHAN
1 1/4 cup tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp serbuk koko
1 1/2 tbsp pewarna merah
1/2 cup minyak jagung
3/4 cup gula icing
1 biji telur **suhu bilik**
1/2 tsp esen vanilla
1/2 cup buttermilk (kalau xdak gunakan 1/2 cup full cream milk + 1/2 tsp vinegar)
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp soda bicarbonate

CARA-CARA
1. Ayakkan tepung gandum + baking powder + garam (BAHAN A)
2. Sediakan buttermilk dengan cara mencampurkan cuka dan jugak full cream milk..(BAHAN B)
3. Campurkan serbuk koko dengan pewarna merah kemudian kacau hingga sebati.(BAHAN C)
4. Dalam mangkuk adunan, campurkan gula dan juga minyak jagung dan kacau gunakan mixer sehingga kembang putih gebu.
5. Kemudian masukkan telur + esen vanilla + BAHAN C..kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung gandum selang seli dengan Bahan B..ulang sehingga habis.
7. Last skali, combine soda bicarbonate dengan vinegar dalam mangkuk lain kemudian tuang dalam mangkuk adunan..kacau hingga sebati..
8. Tuang dalam cawan cupcakes..**separuh je** bakar pada suhu 170 degree celsius selama 18-20 minit

For your information nenek using cream cheese frosting for this cupcakes..
the ingredient consist of
250g cream cheese
175 g of butter
3 tbsp of icing sugar
1 tbsp oren sunquick

Campurkan semua bahan-bahan tu dan gaul guna mixer sehingga gebu..Kalau rasa mcm terlalu padat boleh tambahkan sedikit susu full cream..=))

Bahan yang kita perlukan untuk decorate ialah


1. Untuk cupcakes tu mula2 nenek cover permukaan dia dengan cream cheese frosting..

2. Dalam piping bag tu ada cream cheese frosting color dark coklat, merah dan juga putih..

3. First untuk buat elmo nenek guna chocolate rice coler merah, untuk hidung guna chocolate nips..


Step dia mcm nie la kalo nk buat...ohhh comott sikit maklum la newbie kan...
nanti belajar lagi..=))


yang nie oscar the grouch badan dia color hijau tu guna kelapa parut yang kering lepastu diwarnakan dengan color hijau..step mulut mata sama ja mcm elmo...=))


Badan dia pon pakai kelapa kering jugakk...colorkan dengan warna biru..pastu belah mulut dia dengan pisau pastu sumbat cookiess...hehheehehe

kalo nak taw lebih lanjut bukak link youtube kat bawah nie...

IDEA UNTUK BUAT DECORATION : YOUTUBE!!!

Sotong masak Kunyit...



sehari ada 24 jam kan...aku ada kat dapur 12 jam harinie...whoaaa bunyi macm hebat kan..=D
harinie buat sebiji kek coklat, sebiji kek oren dengan red velvet cupcakess...weehuuu!!
lepas tu buat lunch sotong nie dengan sayur kailan
makan malam plakkk bihun goreng dengan teh tarikk!!!
perghhh makan tak ingat dunia harinie...
senang ja nk goreng stotong nie bahan-bahan yang perlu ada
SOTONG
KUNYIT
GARAM
BAWANG BESAR SEBIJI
CILI
MINYAK MASAK

baling ja semua bahan-bahan tu dalam kuali pastuh masakk la sampai sotong masak..
pastu letak atas pinggan makan..=))


Sayur Kailan Ikan Masin



sedapnyaaa kailan ikan masinnn....sedapnya!!!!!!!!!!!!!!

Bahan-bahan

seketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
segenggam sayur kailan
2 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Cara-cara

1.Panaskan minyakk kemudian goreng tenggiri masin sehingga garing kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau..
2. Kemudia masukkan sos tiram dan juga airrr..lepas tu masukkan sayur kailan..
3. Dengan gunakan api kuat goreng hingga daun sedikit layu dan boleh dihidangkan..


Sunday, 8 January 2012

Carrot Cakes..


Assalamualaikum readers..=))
Mula-mula nk ucap terima kasih kat Kakak nenek (Puteri Lindungan Bulan) sebab dia pnya idea la nk buat cake nie..sebenarnya nie projek bersama tapi nenek la yang conquer bahagian2 kacau2 kek nie
dia kena buat keja remeh mcm parut lobak merah, perah jus nenas dalm tin tu pastu kena ketuk2 walnut...
kesiannn...Tapiiii kek nie sedapp giloss!!!!! tak bohong..time bakar tu bau harum dia seluruh rumah boley bau...Thank kepada tuan punya resepi..

SUMBER RESEPI : koleksi1001resepi 

Bahan-bahan

2 cawan Tepung Gandum
2 tsp baking powder
1 1/2 tsp soda bicarbonate
1 tsp garam
2 1/2 tsp cinnamon powder (kalo nk kek cerah sikit letak 2 tsp pon dh cukup)
4 biji telur (Gred A)
1 1/2 cawan minyak jagung/minyak sayuran
2 cawan gula kaster
2 3/4 cawan karot yang diparut kasar
1 tin nenas dalam tin (di cincang kasar)
3/4 cup walnut (cincang kasar)
1 cawan kelapa parut kering

Cara-cara
1. Tapis semua bahan kering dalam satu mangkuk.
2. Dalam mangkuk adunan kacau gula , telur dan minyak mengunakan wooden spoon sampai sebati selama 5 minit.
3.Masukkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit dan dia gaul sebati setiap kali masukkan bahan2 kering tadi.
4. Kemudian masukkan carrot, walnut, nenas dan juga kelapa parut kemudian gaul sehingga sebati..(perahkan jus daripada lobak merah dan juga nenas)
5. Tuang dalam loyang yang telah dia griskan dengan butter dan kemudian ditabur dengan tepung, bakar selama 60 hingga 90 minit dengan suhu 180 degree..



Untuk topping kek nie nenek pakai topping crean cheese frosting  dengan kelapa parut yang diwarnakan dengan color oren..ada kisah jugak time nk decorate nie..plann asal nk buat heart shape kat tengah tuh..heart tu color oren tu la kan.. tapi disebabkan kakak nenek tak sabar sangat nk makan time kek tgh panas tu terus letak topping cream cheese mmg cair terus la kan...so nak cover line bantai la letak kelapa parut seluruh kek..comot ja tengokk kek nie...
so untuk bahan2 cream cheese frosting

- 250 g cream cheese
-100g butter 
- 3 tbsp icing sugar

Mix semua bahan diatas sehingga gebu jika terlalu berat adunan nie tambahkan sedikit susu..




Friday, 6 January 2012

Gulai Ikan Kering Tumis Darat


Assalamualaikum ada orang dak nie?? 
harinie nenek belajar masak Gulai Ikan Kering Tumis darat resepi turun temurun dari mak saya..
selalu kot2 sbelah utara nie time kenduri org selalu buat
sedap giloss lepas tu ada pulak ikan goreng ng sambal belacan pastu ada ulam sikit
perghhhhh boleh makan sampai pengsan woo~
Jom tgok RESEPI sebelum mengarut panjang lagi..=DD

Bahan-bahan

Beberapa keping tulang dan isi ikan talang masin
3 sudu besar rempah kari ikan
300  ml santan
200ml air ataupun secukupnya
1 biji nanas *potong random*
asam keping sekeping
6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk lagi 3 di mayang halus)
4 ulas bawang putih (2 tumbuk 2 lagi cincang )
1 sudu kecil halba campur
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Campurkan rempah kari dengan secawan air panas dan juga dengan bwang merah dan bawang putih yg ditumbuk. Ketepikan
2. Renehkan ikan masin dengan santan , nenas , asam keping dan juga air.Jumlah air tu agak2 dia cair la..jgn pekat sgt gulai nie..Lepastu biarkan sehingga mendidih.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih  yang dimayang dan halba campur  dalam kuali sehingga naik bau.
4. Lepastu tuangkan semua bahan tumis tadi kedalam periuk gulai ikan tadi.
5. Perasankan dengan garam gula dan serbuk perasa ikut cita rasa masing-masing.
6.Tutup tudung periuk dan biarkan sebentar , pastu boleh tutup api dan hidangkan..=))