you are lucky number~~

free counter

Friday, 6 January 2012

Gulai Ikan Kering Tumis Darat


Assalamualaikum ada orang dak nie?? 
harinie nenek belajar masak Gulai Ikan Kering Tumis darat resepi turun temurun dari mak saya..
selalu kot2 sbelah utara nie time kenduri org selalu buat
sedap giloss lepas tu ada pulak ikan goreng ng sambal belacan pastu ada ulam sikit
perghhhhh boleh makan sampai pengsan woo~
Jom tgok RESEPI sebelum mengarut panjang lagi..=DD

Bahan-bahan

Beberapa keping tulang dan isi ikan talang masin
3 sudu besar rempah kari ikan
300  ml santan
200ml air ataupun secukupnya
1 biji nanas *potong random*
asam keping sekeping
6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk lagi 3 di mayang halus)
4 ulas bawang putih (2 tumbuk 2 lagi cincang )
1 sudu kecil halba campur
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Campurkan rempah kari dengan secawan air panas dan juga dengan bwang merah dan bawang putih yg ditumbuk. Ketepikan
2. Renehkan ikan masin dengan santan , nenas , asam keping dan juga air.Jumlah air tu agak2 dia cair la..jgn pekat sgt gulai nie..Lepastu biarkan sehingga mendidih.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih  yang dimayang dan halba campur  dalam kuali sehingga naik bau.
4. Lepastu tuangkan semua bahan tumis tadi kedalam periuk gulai ikan tadi.
5. Perasankan dengan garam gula dan serbuk perasa ikut cita rasa masing-masing.
6.Tutup tudung periuk dan biarkan sebentar , pastu boleh tutup api dan hidangkan..=))




1 comment:

Oh Rojak said...

hari ni nak masak ni laa,