you are lucky number~~

free counter

Monday, 9 January 2012

Red Velvet Cupcakes Version Sesame street


Ini laaa hasil kerja aku...weehuuu
seronok jugak buat dia memang la leceh skit tapi bila tengok kat hasil dia
legaa..hilang semua penat..=))
Red Velvet Cupcakes nie guna resepi yang sama macam yang lepas cuma kali nie
variasikan dia dengan decoration ELMO, COOKIES MONTERS and  OSCAR THE GROUCH..
jom tengok bahan asas nak buat red velvet cupcakes nie dulu lepastu baru kita cerita pasal bahan nk decorate  cupcakes nie..

BAHAN-BAHAN
1 1/4 cup tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp serbuk koko
1 1/2 tbsp pewarna merah
1/2 cup minyak jagung
3/4 cup gula icing
1 biji telur **suhu bilik**
1/2 tsp esen vanilla
1/2 cup buttermilk (kalau xdak gunakan 1/2 cup full cream milk + 1/2 tsp vinegar)
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp soda bicarbonate

CARA-CARA
1. Ayakkan tepung gandum + baking powder + garam (BAHAN A)
2. Sediakan buttermilk dengan cara mencampurkan cuka dan jugak full cream milk..(BAHAN B)
3. Campurkan serbuk koko dengan pewarna merah kemudian kacau hingga sebati.(BAHAN C)
4. Dalam mangkuk adunan, campurkan gula dan juga minyak jagung dan kacau gunakan mixer sehingga kembang putih gebu.
5. Kemudian masukkan telur + esen vanilla + BAHAN C..kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung gandum selang seli dengan Bahan B..ulang sehingga habis.
7. Last skali, combine soda bicarbonate dengan vinegar dalam mangkuk lain kemudian tuang dalam mangkuk adunan..kacau hingga sebati..
8. Tuang dalam cawan cupcakes..**separuh je** bakar pada suhu 170 degree celsius selama 18-20 minit

For your information nenek using cream cheese frosting for this cupcakes..
the ingredient consist of
250g cream cheese
175 g of butter
3 tbsp of icing sugar
1 tbsp oren sunquick

Campurkan semua bahan-bahan tu dan gaul guna mixer sehingga gebu..Kalau rasa mcm terlalu padat boleh tambahkan sedikit susu full cream..=))

Bahan yang kita perlukan untuk decorate ialah


1. Untuk cupcakes tu mula2 nenek cover permukaan dia dengan cream cheese frosting..

2. Dalam piping bag tu ada cream cheese frosting color dark coklat, merah dan juga putih..

3. First untuk buat elmo nenek guna chocolate rice coler merah, untuk hidung guna chocolate nips..


Step dia mcm nie la kalo nk buat...ohhh comott sikit maklum la newbie kan...
nanti belajar lagi..=))


yang nie oscar the grouch badan dia color hijau tu guna kelapa parut yang kering lepastu diwarnakan dengan color hijau..step mulut mata sama ja mcm elmo...=))


Badan dia pon pakai kelapa kering jugakk...colorkan dengan warna biru..pastu belah mulut dia dengan pisau pastu sumbat cookiess...hehheehehe

kalo nak taw lebih lanjut bukak link youtube kat bawah nie...

IDEA UNTUK BUAT DECORATION : YOUTUBE!!!

1 comment:

Anonymous said...

tgk lani lama dah x update......ahaqs....