you are lucky number~~

free counter

Monday, 9 January 2012

Red Velvet Cupcakes Version Sesame street


Ini laaa hasil kerja aku...weehuuu
seronok jugak buat dia memang la leceh skit tapi bila tengok kat hasil dia
legaa..hilang semua penat..=))
Red Velvet Cupcakes nie guna resepi yang sama macam yang lepas cuma kali nie
variasikan dia dengan decoration ELMO, COOKIES MONTERS and  OSCAR THE GROUCH..
jom tengok bahan asas nak buat red velvet cupcakes nie dulu lepastu baru kita cerita pasal bahan nk decorate  cupcakes nie..

BAHAN-BAHAN
1 1/4 cup tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tbsp serbuk koko
1 1/2 tbsp pewarna merah
1/2 cup minyak jagung
3/4 cup gula icing
1 biji telur **suhu bilik**
1/2 tsp esen vanilla
1/2 cup buttermilk (kalau xdak gunakan 1/2 cup full cream milk + 1/2 tsp vinegar)
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp soda bicarbonate

CARA-CARA
1. Ayakkan tepung gandum + baking powder + garam (BAHAN A)
2. Sediakan buttermilk dengan cara mencampurkan cuka dan jugak full cream milk..(BAHAN B)
3. Campurkan serbuk koko dengan pewarna merah kemudian kacau hingga sebati.(BAHAN C)
4. Dalam mangkuk adunan, campurkan gula dan juga minyak jagung dan kacau gunakan mixer sehingga kembang putih gebu.
5. Kemudian masukkan telur + esen vanilla + BAHAN C..kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung gandum selang seli dengan Bahan B..ulang sehingga habis.
7. Last skali, combine soda bicarbonate dengan vinegar dalam mangkuk lain kemudian tuang dalam mangkuk adunan..kacau hingga sebati..
8. Tuang dalam cawan cupcakes..**separuh je** bakar pada suhu 170 degree celsius selama 18-20 minit

For your information nenek using cream cheese frosting for this cupcakes..
the ingredient consist of
250g cream cheese
175 g of butter
3 tbsp of icing sugar
1 tbsp oren sunquick

Campurkan semua bahan-bahan tu dan gaul guna mixer sehingga gebu..Kalau rasa mcm terlalu padat boleh tambahkan sedikit susu full cream..=))

Bahan yang kita perlukan untuk decorate ialah


1. Untuk cupcakes tu mula2 nenek cover permukaan dia dengan cream cheese frosting..

2. Dalam piping bag tu ada cream cheese frosting color dark coklat, merah dan juga putih..

3. First untuk buat elmo nenek guna chocolate rice coler merah, untuk hidung guna chocolate nips..


Step dia mcm nie la kalo nk buat...ohhh comott sikit maklum la newbie kan...
nanti belajar lagi..=))


yang nie oscar the grouch badan dia color hijau tu guna kelapa parut yang kering lepastu diwarnakan dengan color hijau..step mulut mata sama ja mcm elmo...=))


Badan dia pon pakai kelapa kering jugakk...colorkan dengan warna biru..pastu belah mulut dia dengan pisau pastu sumbat cookiess...hehheehehe

kalo nak taw lebih lanjut bukak link youtube kat bawah nie...

IDEA UNTUK BUAT DECORATION : YOUTUBE!!!

Sotong masak Kunyit...



sehari ada 24 jam kan...aku ada kat dapur 12 jam harinie...whoaaa bunyi macm hebat kan..=D
harinie buat sebiji kek coklat, sebiji kek oren dengan red velvet cupcakess...weehuuu!!
lepas tu buat lunch sotong nie dengan sayur kailan
makan malam plakkk bihun goreng dengan teh tarikk!!!
perghhh makan tak ingat dunia harinie...
senang ja nk goreng stotong nie bahan-bahan yang perlu ada
SOTONG
KUNYIT
GARAM
BAWANG BESAR SEBIJI
CILI
MINYAK MASAK

baling ja semua bahan-bahan tu dalam kuali pastuh masakk la sampai sotong masak..
pastu letak atas pinggan makan..=))


Sayur Kailan Ikan Masin



sedapnyaaa kailan ikan masinnn....sedapnya!!!!!!!!!!!!!!

Bahan-bahan

seketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
segenggam sayur kailan
2 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Cara-cara

1.Panaskan minyakk kemudian goreng tenggiri masin sehingga garing kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau..
2. Kemudia masukkan sos tiram dan juga airrr..lepas tu masukkan sayur kailan..
3. Dengan gunakan api kuat goreng hingga daun sedikit layu dan boleh dihidangkan..


Sunday, 8 January 2012

Carrot Cakes..


Assalamualaikum readers..=))
Mula-mula nk ucap terima kasih kat Kakak nenek (Puteri Lindungan Bulan) sebab dia pnya idea la nk buat cake nie..sebenarnya nie projek bersama tapi nenek la yang conquer bahagian2 kacau2 kek nie
dia kena buat keja remeh mcm parut lobak merah, perah jus nenas dalm tin tu pastu kena ketuk2 walnut...
kesiannn...Tapiiii kek nie sedapp giloss!!!!! tak bohong..time bakar tu bau harum dia seluruh rumah boley bau...Thank kepada tuan punya resepi..

SUMBER RESEPI : koleksi1001resepi 

Bahan-bahan

2 cawan Tepung Gandum
2 tsp baking powder
1 1/2 tsp soda bicarbonate
1 tsp garam
2 1/2 tsp cinnamon powder (kalo nk kek cerah sikit letak 2 tsp pon dh cukup)
4 biji telur (Gred A)
1 1/2 cawan minyak jagung/minyak sayuran
2 cawan gula kaster
2 3/4 cawan karot yang diparut kasar
1 tin nenas dalam tin (di cincang kasar)
3/4 cup walnut (cincang kasar)
1 cawan kelapa parut kering

Cara-cara
1. Tapis semua bahan kering dalam satu mangkuk.
2. Dalam mangkuk adunan kacau gula , telur dan minyak mengunakan wooden spoon sampai sebati selama 5 minit.
3.Masukkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit dan dia gaul sebati setiap kali masukkan bahan2 kering tadi.
4. Kemudian masukkan carrot, walnut, nenas dan juga kelapa parut kemudian gaul sehingga sebati..(perahkan jus daripada lobak merah dan juga nenas)
5. Tuang dalam loyang yang telah dia griskan dengan butter dan kemudian ditabur dengan tepung, bakar selama 60 hingga 90 minit dengan suhu 180 degree..



Untuk topping kek nie nenek pakai topping crean cheese frosting  dengan kelapa parut yang diwarnakan dengan color oren..ada kisah jugak time nk decorate nie..plann asal nk buat heart shape kat tengah tuh..heart tu color oren tu la kan.. tapi disebabkan kakak nenek tak sabar sangat nk makan time kek tgh panas tu terus letak topping cream cheese mmg cair terus la kan...so nak cover line bantai la letak kelapa parut seluruh kek..comot ja tengokk kek nie...
so untuk bahan2 cream cheese frosting

- 250 g cream cheese
-100g butter 
- 3 tbsp icing sugar

Mix semua bahan diatas sehingga gebu jika terlalu berat adunan nie tambahkan sedikit susu..




Friday, 6 January 2012

Gulai Ikan Kering Tumis Darat


Assalamualaikum ada orang dak nie?? 
harinie nenek belajar masak Gulai Ikan Kering Tumis darat resepi turun temurun dari mak saya..
selalu kot2 sbelah utara nie time kenduri org selalu buat
sedap giloss lepas tu ada pulak ikan goreng ng sambal belacan pastu ada ulam sikit
perghhhhh boleh makan sampai pengsan woo~
Jom tgok RESEPI sebelum mengarut panjang lagi..=DD

Bahan-bahan

Beberapa keping tulang dan isi ikan talang masin
3 sudu besar rempah kari ikan
300  ml santan
200ml air ataupun secukupnya
1 biji nanas *potong random*
asam keping sekeping
6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk lagi 3 di mayang halus)
4 ulas bawang putih (2 tumbuk 2 lagi cincang )
1 sudu kecil halba campur
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Campurkan rempah kari dengan secawan air panas dan juga dengan bwang merah dan bawang putih yg ditumbuk. Ketepikan
2. Renehkan ikan masin dengan santan , nenas , asam keping dan juga air.Jumlah air tu agak2 dia cair la..jgn pekat sgt gulai nie..Lepastu biarkan sehingga mendidih.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih  yang dimayang dan halba campur  dalam kuali sehingga naik bau.
4. Lepastu tuangkan semua bahan tumis tadi kedalam periuk gulai ikan tadi.
5. Perasankan dengan garam gula dan serbuk perasa ikut cita rasa masing-masing.
6.Tutup tudung periuk dan biarkan sebentar , pastu boleh tutup api dan hidangkan..=))