you are lucky number~~

free counter

Friday, 12 September 2014

Nasi Ayam Penyet



Assalamualaikum Readers,

Harini nak share resepi ayam penyet yang paling simple gila!!! Guna bahan-bahan yang sedia ada kat rumah sahaja. Macam mana ada idea nak makan ayam penyet?? Sebenarnya saya bukan la peminat tegar ayam penyet makan gitu-gitu ja. Kalau nak compare makanan Indonesia dengan makanan Thailand saya akan pilih makanan Thai. Mungkin sebab tinggal di utara Malaysia kot lidah dah sebati dengan makanan Thai. Niat asal harini nak masak nasi tomato dengan ayam sambal dan kuah dalca tapi harinie semua kedai kat Uk tak dak serai..sadis betol!! Selalu beli dekat kedai Indian continental tu dia macam jual semua makanan orang-orang Asia la tapi harini dia tutup..Cisss betol hancur harapan nak makan nasi tomato. Over la plak macam la kalau tak dak serai tak jadi nasi tomato..hahahaha Saja ja alasan tu malas nak masak gigih-gigih sangat. So makanyaa jadilah ayam penyet yang senang gila nak buat dan sedap nie.. Tengok resepi kat youtube dapur bujang yang fendi raja lawak jadi host kat channel EC Inspirasi. Simple. Sedap. Cepat. Kenyang!!

Jom usha resepi.

Bahan-bahan untuk perapan ayam

Ayam-bahagian dada or paha seeloknya berkulit tapi ayam saja tak berkulit sebab jaga
           kesihatan..hahah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar serbuk kunyit
garam
tepung gandum
minyak untuk goreng

Cara memasak

1. Tumbuk bawang putih,bawang merah, halia sehingga lumat kemuadian masukkan serbuk ketumbar,kunyit dan garam secubit. Gaul sehingga rata.
2. Lumurkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi pada ayam serata mungkin kemudian perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak. Ratakan tepung pada ayam yang diperap kemudian goreng sehingga garing dan ayam masak.

Bahan-bahan untuk sambal 

1 biji tomato
1 biji cili merah
5 biji cili padi merah
Belacan (agak-agak)
gula
garam

Cara-cara

Goreng ke semua bahan kecuali gula dan garam sehingga layu tanpa minyak. Kemudian tumbuk atau blend semua bahan sehingga separa halus kemudian tambah gula dan garam. Sambal nasi ayam penyet ni seeloknya ada rasa manis lebih sikit.


Nie la rupa lunch tadi. Kubis dan kacang panjang tu di celur dahulu sebelum makan sebab saya tak suka kubis mentah. Untuk mengekalkan kerangupan kacang panjang selepas di celur terus masukkan ke dalam air yang sejuk dan biar seketika sebelum di tos.

Sambal dia pedas gila makan sambil menangis.. SobSobsobsssss




2 comments:

Zafira Nabilah said...

Nasi tuk ayam penyet ada caranya juga kan? nasi tu ala-ala nasi lemak sikit..baru umphh.. :)

kehidupan sihat said...

ni masakan yang simple dan sedap.thanks sharing resepi sis :)

lagi2 makan panas2..

jemput ke blog nana