you are lucky number~~

free counter

Friday, 12 September 2014

Nasi Ayam Penyet



Assalamualaikum Readers,

Harini nak share resepi ayam penyet yang paling simple gila!!! Guna bahan-bahan yang sedia ada kat rumah sahaja. Macam mana ada idea nak makan ayam penyet?? Sebenarnya saya bukan la peminat tegar ayam penyet makan gitu-gitu ja. Kalau nak compare makanan Indonesia dengan makanan Thailand saya akan pilih makanan Thai. Mungkin sebab tinggal di utara Malaysia kot lidah dah sebati dengan makanan Thai. Niat asal harini nak masak nasi tomato dengan ayam sambal dan kuah dalca tapi harinie semua kedai kat Uk tak dak serai..sadis betol!! Selalu beli dekat kedai Indian continental tu dia macam jual semua makanan orang-orang Asia la tapi harini dia tutup..Cisss betol hancur harapan nak makan nasi tomato. Over la plak macam la kalau tak dak serai tak jadi nasi tomato..hahahaha Saja ja alasan tu malas nak masak gigih-gigih sangat. So makanyaa jadilah ayam penyet yang senang gila nak buat dan sedap nie.. Tengok resepi kat youtube dapur bujang yang fendi raja lawak jadi host kat channel EC Inspirasi. Simple. Sedap. Cepat. Kenyang!!

Jom usha resepi.

Bahan-bahan untuk perapan ayam

Ayam-bahagian dada or paha seeloknya berkulit tapi ayam saja tak berkulit sebab jaga
           kesihatan..hahah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar serbuk kunyit
garam
tepung gandum
minyak untuk goreng

Cara memasak

1. Tumbuk bawang putih,bawang merah, halia sehingga lumat kemuadian masukkan serbuk ketumbar,kunyit dan garam secubit. Gaul sehingga rata.
2. Lumurkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi pada ayam serata mungkin kemudian perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak. Ratakan tepung pada ayam yang diperap kemudian goreng sehingga garing dan ayam masak.

Bahan-bahan untuk sambal 

1 biji tomato
1 biji cili merah
5 biji cili padi merah
Belacan (agak-agak)
gula
garam

Cara-cara

Goreng ke semua bahan kecuali gula dan garam sehingga layu tanpa minyak. Kemudian tumbuk atau blend semua bahan sehingga separa halus kemudian tambah gula dan garam. Sambal nasi ayam penyet ni seeloknya ada rasa manis lebih sikit.


Nie la rupa lunch tadi. Kubis dan kacang panjang tu di celur dahulu sebelum makan sebab saya tak suka kubis mentah. Untuk mengekalkan kerangupan kacang panjang selepas di celur terus masukkan ke dalam air yang sejuk dan biar seketika sebelum di tos.

Sambal dia pedas gila makan sambil menangis.. SobSobsobsssss




Wednesday, 10 September 2014

Daging Salai Masak Lemak





Assalamualaikum Readers,

Today was a lovely sunny day. Sun bright like a diamond gittew..I went to carboot just to waste my time but I bought a bouquet of roses and a vase too. Both of it only cost 1.50 £!!!  Yeah I'm just an ordinary girl who loves red roses and feeling like a witch holding the rose with bleeding from my mouth.. hahahah okay dah gila merapu. Lupa nak cerita tadi time p carboot beli la jacket condition elok cantik menarik dan tertarik la brand new look. Tengok-tengok time balik rumah rupanya jacket tu kulit babi. Tak pasal kena jual kat Ebay tapi sapa-sapa kalau nak mohon pm saya..hahahah Hari ni nak share resepi Daging Salai Masak Lemak. Lama dah nak makan finally dapat juga buat sebab dalam freezer still ada balance daging beli haritu.



Resepi

400gm daging
1 batang serai
7 biji cili padi
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan
2 biji cili merah
Minyak untuk tumis

Cara-cara

1. Daging tu potong agak-agak tebal dia dalam 1cm lepas tu lumur minyak dan garam. Bakar dalam oven suhu perlahan dalam 130 degree celcius selama 30 minit. Saya suka daging garing sikit so lama sikit bakar dia. Kemudian hiris nipis.

2. Tumis cili padi(diketuk),serai(diketuk), kunyit, cili merah(diketuk) sehingga naik bau. Kalau ada daun kunyit boleh letak jugak lagi sedap bau dia. Tapi saya malas nak beli daun kunyit so tak letak.

3. Masukkan santan bersama daging salai dan asam keping kemudian masak sehingga santan tadi pecah minyak. Lepas tu sesuaikan rasa dengan tambah garam dan gula secukupnya.

4. Siap! Jom makan dengan nasi panas-panas.



Juadah untuk lunch harini. Kadang-kadang bunga rose tu boleh buat ulam kalau ada sambal belacan la..hahahaha

Bye till we meet again.

Wanie


Monday, 8 September 2014

Hey I'M BACKKK!!!!!!!


Fuhhhhh!!! Last entry untuk blog nie tahun 2012 post terakhir kongsi pasal resepi ayam masak kunyit. Bila baca balik post lama-lama rasa nak gelak guling-guling sambil menangis teresak-esak..hahaha Betapa tak matangnya tulis blog time tu. Normal la budak-budak baru nak membesar. KahKahKah Lama gila tak tulis blog sampai tak tahu nak bahasakan diri apa time menulis.Awkward!!!!! Post dulu-dulu ada bahasakan diri nenek, wanie, saya , aku and so on. Jadi rasanya eloklah tulis secara ikhlas dari hati so SAYA digunakan sebagai kata ganti diri. Sopan dan sesuai untuk bacaan umum. Macam la ada orang baca sangat LOL.

Lepas 2 tahun baru muncul balik mengemudi blog nie. Okay la mai nak cerita kenapa stop tulis blog dan apa yang dah jadi selepas 2 tahun. Last update tahun 2012 time tu saya di tahun dua diploma farmasi UniKL. Hidup tersangat busy so end up stop update blog buat semetara waktu. Lagipun time tu duit nuffnagg dah dapat banyak dalam account lepas tu terus malas nak update. Biasa la time tu budak lagi dapat duit sikit seronok dah. Masa tu aims tulis blog sebab nak dapat duit nuffnagg. Hahahaha dah dapat stop la.

Secara ringkasnya selepas dapat diploma saya berhijrah ke United Kingdom untuk further study lagi. Alhamdulillah semua ini percaturan Allah. Dah hampir setahun menetap di UK macam-macam pahit manis masam tawar pengalaman dah rasa. I had become more mature than before since have to survive alone in a foreign country. I met many people even there were some bad but there were always good people surround me. Cisss tiba-tiba speaking pulak.

Ohh lagi satu saya dah jadi MakSu kepada Ainul Mardhiah. Anak sedara sulung dalam family dan sekarang kami sekeluarga tengah tunggu sepupu Ainul pulak. Yeyyyy happy aunty over here!!!

Okay I'm gonna stop here because had to edit my blog. Till we meet again. Bye.

Assalamualaikum,
Wanie