you are lucky number~~

free counter

Tuesday, 30 June 2015

Kari Kepala Ikan Mamak Style - Ramadhan 12

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,


Entry throwback!!!! Tudiaaa baqhang kepala ikan Sea bream. Serius aku taktau nama Melayu sea bream nie apa sebab bila beli kat tesco dia label seabream. Murah ja ikan kat UK nie sekor 2 pound and dia tak kira kilo. Ikan salmon paling mahal tapi still affordable la. Aku tak suka sangat salmon sebab bila makan banyak-banyak jadi muak. Pengalaman puasa 19 kat Uk aku rasa seronok ja, tak dak la letih sangat pon maybe sebab cuaca dia kot yang panas-panas manja. Nanti kat entry lain aku cerita pengalaman puasa 19 jam okay. Jom kita layan resepi Kari Kepala Ikan Mamak style nie dulu. Sebenarnya aku bukan tahu makan kepala ikan sangat pon tapi teringin tengok dia menarik sangat makanyaa kepala aku bagi kat kawan aku buat berbuka aku makan badan ikan. So tukar la jadi resepi Kari Ikan orang kedah panggil Gulai Ikan.

RESEPI

Bahan-Bahan
1 Ekor ikan Sea Bream - selalunya orang guna ikan merah boleh jenahak boleh
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk cili
2 tangkai daun kari
4 biji bawang merah kecil (Mayang)
2 biji bawang putih (Mayang)
1 biji bawang besar - blender
Kacang bendi - agak2 la
2 biji tomato belah 4
1 cawan air asam jawa - anggaran dia asam jawa sebesar 50 sen larut dalam air
2 sudu besar santan pekat
4 Sudu besar minyak untuk menumis
Garam & gula secukupnya

Cara-cara
1. Larutkan serbuk kari dan serbuk cili jadikan paste dan ketepikan.
2. Panaskan minyak kemudian tumis daun kari sampai naik bau, kalau ada tangkai daun kari jangan buang tu yang bagi aroma kari lebih. Kemudian masukkan paste kari berserta sedikit air dan masak sehingga pecah minyak
3. Lepas dah pecah minyak masukan air asam jawa dan bawang besar yang di blend tadi biar hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan, kacang bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga mendidih dan kurangkan mengacau sebab tak nak isi ikan pecah.
5. Bila dan mendidih dan ikan dah masak masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi, tutup api sedia di hidang.

Haritu aku buka puasa dengan Kari Ikan, sayur goreng dan sambal belacan.Untuk kuih aku buat karipap tapi kulit dia roti wholemeal. ALHAMDULLILAH kenyang la untuk haritu.

Sayur campur goreng

Karipap kulit roti wholemeal


Nasi Kerabu Merah Jambu - Ramadhan 13

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,



Pejam celik pejam celik dah 13 hari dah kita puasa. Harini aku baru rasa rajin sikit nak update blog. Sebenarnya banyak sangat resepi- resepi yang dah try tapi belum update lagi dalam blog. Sekarang current status aku tengah tunggu hari nak graduation. Yeyyyyy!!!! Result keluar esok cuak jugak sebenarnya. Rasa macam sekejap sangat stayed kat UK nie. Nanti balik Malaysia mesti rindu UK.

Okay harini nak share resepi Nasi Kerabu. Housemate aku heran haritu dia kata kenapa orang kedah tapi pandai buat nasi kerabu. Tak semestinya orang kelantan ja pandai buat nasi kerabu kita kan hidup bermuafakat (cehh tiba2). Resepi nie aku dapat time study diploma dulu, first time buat dengan Yana kat rumah Fair Park time tu aku jadi assistant ja tolong tumbuk-tumbuk bahan. Yana orang Kulim bukan orang Kelantan jugak harap maklum. Rasanya dia dapat resepi dari Halim kawan kelas aku jugak. Halim orang kelantan dia ada bg Blog sorang nie katanya resepi sama macam mak dia buat. Tapi serius la SEDAP and simple ja cara buat dia.

Aku rasa benda wajib yang jadikan dia nasi kerabu tu sambal kelapa dia tu. Aku malas nak tumbuk lumat maka hasil dia tak sehalus macam kedai tapi kira cincai la sendiri nak makan ja pon.


Bahan-bahan untuk Sambal Kelapa Ikan
300 g Kelapa parut- agak2 ja banyak mana nak buat
2 Batang Serai 
5 biji bawang merah kecil - depends la lagi banyak lagi wangi
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
2 ekor ikan kembung rebus - aku buat pakai seabream UK xdak ikan kembung
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara
Actually sukatan dia tak fix pon boleh ja ubah-ubah ikot banyak mana nak buat.
Goreng kelapa parut sampai dia berubah warna jadi perang lepastu tumbuk or blend sampai dia jadi serbuk2 halus. Tumbuk semua bahan-bahan sampai hancur dan gaul semua sekali kemudian perasakn dengan garam dan gula.


Bahan-bahan untuk sambal tumis
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci belacan
1 batang serai -ketuk

100 ml santan - aku guna 2 senduk kecil
air asam jawa - besar duit 50 sen lepastu larut dalam 100 ml air
Budu sikit - aku tak letak
Gula & garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Blend cili kering, bawang besar dan belacan. Kemudian tumis bahan blend tadi serta serai, masak sampai pecah minyak. Lepastu masukkan santan masak lagi sampai santan pulak pecah minyak. Lepastu masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kacau selalu sampai sambal tumis jadi pekat. Rasa sambal tumis untuk nasi kerabu nie mesti ada rasa manis, lemak dan masam.

Lauk-lauk yang orang selalu makan dengan nasi kerabu
- Daging bakar
- Telor masin
- Solok lada
- Ikan goreng celup tepung
- Ayam goreng or bakar
- Ulam-ulam
-Keropok

Nasi kerabu aku moden sikit ulam-ulam dia, aku pakai carrot, timun dengan kubis. Susah la nak cari bunga kantan bagai tu. Lepastu makan dengan ayam bakar madu. Aku lumur ayam dengan garam kunyit dan madu. Lepastu biar dia dalam oven. Simplee ja resepi nie, bagi aku yang penting dalam nasi kerabu Sambal Kelapa Ikan dengan Sambal tumis. Tu component penting. Ya Allah rindunya nasi kerabu bazar ramadhan depan UO Ipoh dengan nasi kerabu bazaar Stadium Darul Aman.

Bye selamat mencuba dan semoga segala amalan kita diterima Ramadhan nie.








Friday, 19 June 2015

Setelah Sekian Lama

Hye Assalamualaikum,

Haaa kalau tengok tajuk setelah sekian lama tuuu memang lama gila aku tak update blog sampai email yang digunakan untuk blog ni pon boleh lupa. Kalau tengok last entry aku update pasai nasik ayam penyet kot tu pon almost 9 bulan. Oleh itu, cewaah ayat macam dalam karangan.. Aku rasa nak aktif balik la tulis blog sebab sekarang nie memang aku free gila2. Final exam dah habis so sekarang memang tengah tunggu result keluar 1 july nie and I will be graduating soon on 15 july. Serious sedih jugak nak tinggalkan bumi UK nie tapi tak pa nanti balik Malaysia boleh jumpa mak dan bapak. Berbakti kat orang tua pulak kan dah puas enjoy berjalan menjelajah negara orang. Alhamdullilah best gila and aku ada banyak benda nak cerita kat entry-entry akan datang. Tadi sempat la aku baca balik entry yang dulu-dulu nampak gila ketidakmatangan (wujud ka perkataan nie?? LOL). Tapi tak pa since blog nie pon ibarat diari aku untuk take note resepi-resepi yang aku penah masak. Selalu jugak aku google blog sendiri sebab nak cari resepi mak aku yang aku tempek dalam blog nie. Aku decide untuk membahasakan diri aku instead of nenek, saya and soon. Lawak la macam mana la dulu zaman-zaman baru nak UP boleh bahasakan diri aku nenek kat dalam blog nie.. HAHHAHA sumpah malu tapi sikit ja.. Relaks la semua tu kan proses nak membesar.Okay bye bye aku nak edit layout blog nie sikit. Lepas ni nak update resepi makan yang tertunggak banyak gila dalam folder and pengalaman aku Eurotrip yang sangat awesome.

Love - wanie

Location Munich or local people dia panggil Muchen. MasyaAllah panas sangat summer kat German